Pelakon Datuk Fizz Fairuz memanjatkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya pada pukul 3.49 pagi Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan Fizz menerusi akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi, terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin. Keputusan 4-0 sekarang,” tulisnya sambil bercanda.
Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah dari rakan selebriti termasuk pempengaruh popular dari Indonesia, Mimi Peri.
Fizz sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu menimang anak lelaki namun lebih mementingkan keadaan kesihatan anak yang dilahirkan.
Kelmarin, Fizz berkongsi keadaan Alm yang sedang terbaring di atas katil hospital sambil menahan sakit contraction.
Video terbabit dibanjiri dengan doa dan rasa terharu netizen melihat pengorbanan seorang wanita bersabung nyawa untuk melahirkan seorang zuriat.
View this post on Instagram
Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, Nur Afrina Ayra yang berusia setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 10.
Sumber : Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.malaysiatime.me/