Home Petua Tips Kerajaan Akan Sekat Kemasukan Warga Asing, Kini Gelandangan Bakal Diserap Bekerja

Kerajaan Akan Sekat Kemasukan Warga Asing, Kini Gelandangan Bakal Diserap Bekerja

269
0

“Kita masih dengan dasar warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara kita. Saya baru bercakap dengan AirAsia dan mereka kata tidak ada,” – Menteri Kanan (Keselamatan).

Gelandangan di Malaysia boleh dikatakan ramai kuantitinya, kalau pergi ibu kota memang bersepah gelandangan di tepi jalan dengan kanak-kanak terbiar. Belum lagi kalau kita lihat warga asing yang berkeliaran seperti berada di negara mereka sendiri.

Kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kenyataan media bahawa pihak kerajaan masih mengekalkan polisi yang sama iaitu tiada kemasukan warga asing dengan kerjasama dengan salah satu penerbangan tempatan, Air Asia.

 

800 gelandangan bakal bekerja…

Dalam pada masa sama, pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan menggerakkan beberapa sistem ekonomi dalam negara secara berperingkat untuk menjana pendapatan negara dan mengelakkan kadar pengangguran yang tinggi.

Malah, ada lagi satu inisiatif kerajaan yang kami yakin kebanyakan kita sangat bersetuju untuk menggantikan pekerja warga asing iaitu kerajaan membuka peluang pekerjaan kepada 800 gelandangan yang diselamatkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh lalu.

Gaji ditawarkan RM1, 200 sehingga RM1,400

Mereka yang dipilih bakal memulakan langkah hidup baharu apabila menghadiri taklimat dan temuduga kerja bagi membolehkan mereka berkerja selepas ini.

Jumlah gaji yang ditawarkan adalah sebanyak  RM1,200 – RM1,400 sebagai permulaan berserta elaun. Sementara menunggu untuk mula bekerja, mereka akan dipindahkan ke dua asrama yang disediakan DBKL dan syarikat yang akan menggajikan mereka.

Apa yang menimpa negara kita selama ini ada hikmahnya Antaranya, jumlah gelandangan berkurang dan kemasukan warga asing disekat ketat. Ini membuat perubahan besar bagi struktur ekonomi negara.

Sumber : wilayahku

Previous article[Video] Tonton Video Ni, Jika Anda Masih Berani LANGG4R PKPB, Sila Tempah Lubang KUB0R…
Next articleBuka Puasa Beramai-Ramai, Gagal Patuh SOP, 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19 Di Bahrain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here