Home Petua Tips Kereta ‘hil4ng’ pada hari nak buat kejvtan hari jadi, anak tak sangka...

Kereta ‘hil4ng’ pada hari nak buat kejvtan hari jadi, anak tak sangka mak tersentuh hati dengan ‘Plan B’ – “Saya intai ibu di sebalik kamera telefon”

101
0

KEJUTAN yang penuh dengan tangisan air mata.

Itulah reaksi seorang ibu apabila anak-anaknya membuat kejvtan istimewa pada hari jadinya.

Video yang dimuat naik oleh anaknya memaparkan wanita berkenaan terkejut melihat ruang tamu rumah dihiasi dengan belon dan makanan di atas meja.

Video tersebut setakat ini meraih hampir 30,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohammad Syazwan Mohd, 21, berkata, dia merancang untuk membuat kejvtan bagi menyambut hari lahir ibunya, Rosaida Abd Ghani yang berusia 43 tahun.

Tambahnya lagi, dia dan adik beradik lain pada mulanya risau jika kejutan itu gagal justeru mereka mendapatkan bantuan ibu dan bapa saudara untuk menjaga bahagian depan rumah mereka yang terletak di Taman Fikri 2 Fasa 5, Chukai, Terengganu.

“Saya dengan adik merancang nak buat surprise dalam but kereta, dua hari sebelum kejadian itu. Sebab pada hari tersebut ibu kerja pagi, jadi kami ingat dia akan keluar naik motorsikal la.

“Perancangan awal kalau ibu bekerja naik motosikal, saya nak ke bandar dan pergi ke kedai untuk serahkan kereta biar mereka hias. Tak tahu pula pagi tu cuaca hujan, jadi ibu pergi kerja naik kereta.

“Bila plan A dah tak jadi, kita ikut la pula plan B. Itu yang kami hias sendiri ruang tamu dengan belon, tak tahulah waktu tu macam mana boleh dapat idea.

Mereka akhirnya membuat kejutan tersebut di bahagian ruang tamu rumah sahaja.

“Saya pun minta bantuan mak dan bapa saudara untuk jaga di bahagian depan rumah sebab takut kalau tiba-tiba ibu balik waktu kami semua sedang bersiap di dalam.

“Memang risau sangat waktu tu takut surprise ni tak menjadi, tapi Alhamdulillah akhirnya jadi juga,” katanya yang bekerja sebagai anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kemaman, Terengganu.

Dia yang mesra disapa Iwan berkata, ibunya berasa sebak selepas masuk ke rumah melihat kejvtan yang diberikan oleh adik-beradiknya.

Jelasnya lagi, mereka sekeluarga mengalirkan air mata kerana terkenangkan akan arw4h bapa, Mohd Azmi Omar yang telah men1nggal dunia pada 16 Ogos tahun lalu ak1bat sakit j4ntung pada usia 46 tahun.

“Waktu mula-mula ibu masuk rumah tu, dia ingat kami semua berada di luar. Tapi saya mengintai ibu di sebalik kamera telefon dan nampak wajah dia seperti mahu menangis apabila nampak surprise yang kami buat untuknya.

“Ibu rasa seb4k sebab sebelum ni kami sekeluarga selalu sambut hari jadi bersama ayah. Ini kali pertama ibu sambut hari jadi tanpa ada ayah di sisinya.

Iwan (kiri) merupakan anak sulung daripada empat beradik.

“Kami semua memang masih terkesan lagi dengan pemerg1annya, lebih-lebih lagi ibu kerana waktu arw4h ayah ses4k nafas dia sedang bertugas di luar,” ujarnya sambil menambah, ibunya turut bekerja sebagai seorang anggota sukarelawan APM.

Menurut Iwan, sebelum meninggal, bapanya sudah berada dalam keadaan yang lemah selama tujuh bulan akib4t kandungan air yang banyak di dalam badan.

Dia juga tidak dapat melupakan saat-saat bapanya mengalami sesak nafas selepas dia dan bapa saudaranya selesai memandikannya di rumah.

“Ayah memang dah lama s4kit dan keadaanya lem4h. Saya dan bapa saudaralah yang tolong menguruskan arw4h kalau ibu keluar bekerja.

“Pada hari kejadian, kami berdua mandikan ayah di rumah dan selepas itu tiba-tiba dia ses4k nafas. Ibu saudara telefon ambulans untuk bawa ayah segera ke Hospital Kemaman, Chukai, Terengganu.

Untuk mereka yang masih mempunyai ibu bapa ni, hargailah masa bersama keluarga.

MOHAMMAD SYAZWAN MOHD

“Doktor sahkan ayah dah tiada waktu berada di hospital. Bila kami beritahu ibu berita itu, dia hanya mampu menangis sahaja kerana tak dapat berada di samping suaminya ketika saat-saat akhir hayatnya,” katanya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Anak sulung daripada empat beradik itu juga terkenangkan saat indah bersama arwah bapanya ketika berada di Janda Baik, Pahang pada tahun 2019.

Kini dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas pemerg1an bapa tercinta.

“Kenangan yang saya paling ingat tentang arw4h ayah ialah ketika kami sekeluarga bercuti di Janda Baik pada tahun 2019. Itu merupakan kali terakhir ayah keluar berjalan-jalan bersama kami semua.

“Kami sekeluarga adalah keluarga yang happy, arw4h ayah ni penyabar orangnya tapi ada masa tu gar4nglah juga kalau anak-anaknya buat salah.

Iwan (kiri) dan adik perempuannya sering membuat lawak spontan untuk menghiburkan ibu mereka.

“Sebagai anak lelaki sulung, sekarang ni sayalah yang pikul tanggungjawab menjaga keluarga ini selepas ayah dah tak ada.

“Saya dan adik perempuan banyak hiburkan ibu untuk gembirakan hati dia. Kami selalu bergurau dan buat lawak spontan supaya ibu ketawa melihat anak-anaknya.

“Untuk mereka yang masih mempunyai ibu bapa ni, hargailah masa bersama keluarga. Sebab tak tahu berapa lama lagi masa yang kita ada bersama mereka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articleSelalu bagi gambar tak clear, sekali jumpa handsome! Ibu tunggal akhirnya terima lelaki hantar WhatsApp nak kenal 10 tahun lalu sebagai suami
Next article“Kulit Putih, Hidung Mancung..” -Kecoh Zamarul Hisham Kongsi Gambar Anak Teruna, Macam Mat Saleh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here