Home Petua Tips Kesian tuan rumah! Sepetang tunggu tak seorang pun tetamu datang open house,...

Kesian tuan rumah! Sepetang tunggu tak seorang pun tetamu datang open house, akhirnya tong sampah ‘makan’ mi rebus

138
0

TUNGGU-tunggu tapi tak kunjung tiba.

Begitulah situasi yang dihadapi keluarga ini apabila majlis rumah terbuka yang dianjurkan mereka pada Ahad sepi tanpa kehadiran tetamu.

Menurut Nur Syiratul Jihan, 22, dia sed1h melihat situasi itu memandangkan keluarganya sudah menyediakan banyak juadah sempna majlis berkenaan.

“Majlis sepatutnya bermula pukul 1 tengah hari. Tapi sampai pukul 7 malam tiada seorang pun datang. Jemputan merupakan keluarga belah ayah.

“Sempena majlis itu, ada yang mak masak dan ada juga yang ditempah. Mak masak nasi dengan lauk kari. Selain itu, mak ada tempah mi rebus, roti jala serta kuih-muih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya balik kerja pukul 6 petang, saya ingat majlis dah selesai. Tapi saya tengok makanan tak terusik. Saya tanya mak, majlis tak mula ke? Mak kata tetamu tak sampai lagi,” ujarnya.

Senang disapa Syiratul, dia yang terk1lan dengan kejadian itu turut berkongsi rakaman sekitar majlis tersebut ke aplikasi TikTok.

Dalam tempoh kurang 24 jam, video tersebut meraih 300,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

“Dalam pukul 7, saya post video di TikTok. Sebab sebelum ni pernah tengok orang lain alami, tak sangka kali ni kami yang kena.

Syiratul tidak sangka video yang dikongsi tular di TikTok.

“Saya terkejut video tu viral. Dalam 10 minit dah lebih 10,000 tontonan. Saya buat video sebab kesian mereka menunggu lama.

“Mak dah bersiap, akhir sekali mak saya terbaring menunggu di sofa. Kalau dijemput, eloklah datang. Kalau tak boleh datang, boleh call atau WhatsApp.

“Jadi tak adalah tuan rumah tertunggu-tunggu. Kita pun dah berusaha nak hidangkan makanan untuk tetamu,” ujar anak sulung daripada lima beradik itu.

Menurut Syiratul yang menetap di Subang Bestari, Shah Alam, beberapa individu akhirnya datang pada sebelah malam, namun banyak makanan tidak disentuh sehingga ada yang perlu dibuang.

“Ada yang kita call last minute, mereka datang. Kami sedia makanan untuk 30 orang, tapi yang datang tak sampai 10 orang. Ada pakcik, makcik, kawan saya dan kawan adik saya datang belah malam.

“Kuih dan roti jala Alhamdulillah habis. Mi rebus memang buang. Tak tahulah macam mana tahun depan. Tapi tahun-tahun sebelum ni memang kami selalu buat rumah terbuka raya,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen posting video itu, beberapa netizen turut berkongsi cerita berdepan pengalaman sama sebelum ini.

“Kesiannya. Sampai hati orang tu buat macam tu. Saya pun pernah kena macam ni, janji nak datang tup-tup cancel. Nasib baik malam tu ada ipar datang.

Antara komen netizen di TikTok.

“Macam kawan ayah aku. Kata beria nak datang, mak aku dah siapkan makanan banyak. Tapi hampeh. Yang penat mak aku.

“Kisah kami sekelurga kelmarin. Tengah hari orang cakap nak datang, terus cepat-cepat masuk dapur masak. Pukul 5 cakap cancel,” kongsi beberapa individu di TikTok.

Mengenai dirinya, Syiratul merupakan graduan bidang Perancangan Bandar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Dia bagaimanapun bekerja sendiri sebagai perancang majlis sejak enam bulan lalu, mengikut jejak langkah seluruh ahli keluarganya yang terlibat dalam perniagaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Dah Cukup Sebulan” – Majlis Aqiqah Anak Eyra Hazali Meriah Cantiknya Serba Putih
Next articleBaru Bers4lin Anak Kedua, Penampilan Terkini ANZALNA Raih Tumpuan! Ramai Puji Makin Anggun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here