Semenjak perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran C0v-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdeg1l dengan arahan itu.
Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
Lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian. -Gambar hiasan/Reuters
Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki dit4han setelah mel4nggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.
Namun apa yang memeranjatkan anggota p0lis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.
Menurut makluman p0lis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.
“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka dit4han,” kata kenyataan itu.
Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).
United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangk1tan C0v-19 di negara itu.
Difahamkan, rakyat di negara itu hanya boleh keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan atau tugasan kr1tikal.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : astroawani