Home Petua Tips Konsert Khai Bahar ‘Dari Smule Ke Pentas Dunia’ Tiba Tiba Mendapat Krit1kan,Rupanya...

Konsert Khai Bahar ‘Dari Smule Ke Pentas Dunia’ Tiba Tiba Mendapat Krit1kan,Rupanya Ada Sebab

309
0

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia tidak berasa bimbang dengan krit1kan netizen yang beranggapan dirinya belum cukup layak untuk membuat persembahan di pentas Istana Budaya.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 26, dia tidak akan melepaskan peluang yang dianggap impian setiap penghibur untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu.

“Saya tak takut dengan kritikan atau pandangan orang terhadap saya sebab apa yang saya nak hanyalah keluar dari kebiasaan. Memang saya masih baru dalam industri tapi dah orang beri peluang.

 

Khai Bahar syukur diberi peluang beraksi di Istana Budaya.

 

“Apabila saya ditawarkan untuk membuat konsert di Istana Budaya, sudah tentu saya akan terima. Lagi-lagi peluang itu bukan selalu kita dapat.

“Sesuatu yang sangat besar dalam hidup dan kerjaya saya. Bukan saya sahaja, rasanya semua penghibur mengimpikan dan berangan untuk buat konsert di pentas itu,” kata Khai kepada mStar.

Khai ditemui ketika sidang media Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia di Bilik Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Rabu.

Konsert yang buat julung kalinya di bawah penganjuran produksi pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih popular dikenali sebagai Ogy iaitu Ogy Ventures akan berlangsung selama dua hari iaitu 27 dan 28 Mac depan.

 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagi Luluh ini meluahkan rasa syukur dan bertuah diberi peluang menimba ilmu dengan seorang bintang yang mempunyai pengalaman sangat luas dalam dunia seni.

“Kak Ogy seorang yang sangat dikenali dan saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dan dalam pada masa yang sama dapat berpeluang menimba ilmu mengenai seni persembahan dengan dia.

“Walaupun saya tahu dia tegas, tapi saya sudah bersedia sebab dia buat semua itu untuk kebaikan. Semua ilmu dia ada untuk berkongsi dengan saya. Kalau tak tegas, kita tak tahu apa kemampuan kita,” ujarnya.

Khai Bahar pada awalnya mula terkenal dengan suaranya yang merdu di ruangan Smule yang mendapat jolok4n raja
Smule ketika itu.

 

 

View this post on Instagram

 

RATUKU….. mengapa membisu, wajahmu meruntun jiwaku, jom trus tonton MV #ratuku . klik link di bio

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Mstar

Previous articleZed Zaidi Balas Jawab Bila Hans Isaac Selamba Kata SENIMAN Tahu Jual Nomb Plat Kenderaan Saja
Next articlePatutlah Ada Gelung Ini, Ternyata Fungsinya Boleh Selamatkan Barang Yang Nak Kita Beli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here