Pengalaman lalu ‘menginsafkan’ dan memberi banyak pengajaran buat pertahanan kental Kedah, Azmeer Yusof yang pernah ‘g1la’ membeli kereta serta berbelanja mewah.
Disebabkan perkara itu, Azmeer tampil menasihati pemain terutama bergaji besar agar tidak bor0s dengan menghabiskan duit bagi perkara yang tidak berfaedah selain perlu berfikir tentang masa depan.
Pemain berusia 30 tahun itu berkata, mereka tidak perlu memohon kad kredit sekiranya tidak mempunyai disiplin untuk membayar hutang malah jangan sesekali memohon pinjaman peribadi.
“Simpan duit dalam Unit Amanah, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau tabung. Jangan beli kereta dulu sebelum beli rumah kecuali beli kereta terpakai atau murah.
“Kurangkan membeli belah benda yang mahal tetapi tidak digunakan dan beli emas. Insurans juga penting sebagai perlindungan dan berhenti merokok serta beli rumah,” katanya.
Baru sahaja menyambut hari lahir pada Isnin lalu, Azmeer mengakui pernah menjalani kehidupan cukup mewah sehingga tidak berfikir bagi menyimpan dan membeli rumah serta melabur untuk meraih keuntungan.
“Saya pernah membeli tujuh kereta dan ketika umur mencecah 30 tahun, saya masih tidak dapat selesaikan hutang.
“Saya rasa seperti manusia paling b0doh di dunia kerana dengan gaji dari 2009 hingga 2019, saya sepatutnya selesaikan semua hutang itu tetapi saya gagal,” akuinya.
Antara tindakan ‘berani m4ti’ yang dilakukan adalah memohon sehingga lima kad kredit, melakukan pinjaman peribadi dan beli kereta Satria Neo, Honda City, Mitsubishi Lancer, Audi, Honda FD, Vellfire dan D-Max.
Selepas tindakan tersebut, beliau cuba untuk membeli rumah pada 2014 tetapi pinjaman gagal diluluskan kerana pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan banyak lagi.
“Selepas itu, saya berjanji untuk menjual semua kereta kecuali Vellfire kerana saya niatkan untuk kegunaan ibu bapa. Saya selesaikan hutang kad kredit dan juga pinjaman peribadi.
“Sebelum ini, komitmen saya mencecah RM10,000 sebulan, kini ia semakin sikit dan tidak memeningkan kepala kalau gaji tidak masuk atau apa-apa terjadi pada karier saya.
“Apa yang berlaku semua ini juga, Allah ‘menghadiahkan’ rumah sendiri kepada saya di Alor Setar. Semoga menerusi sebuah rumah ini…
“…saya dapat kembangkan lagi untuk membeli membeli seberapa banyak rumah dengan izin Allah,” ujarnya menerusi laporan BH Online.
Safawi Dinasihat Jgn Jadi Mcm Ronaldinho. Ada Harta RM428 Juta Tapi Bila Bersara, Tinggal RM26 Dlm Bank
Kisah pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid yang mengaku membeli kereta mewah hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Lebih mencuri tumpuan, gambar yang dikongsikan Safawi bersama kereta ‘sport’ barunya itu turut mendapat reaksi Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ.
Terbaru, kisah tentang Safawi telah mendapat reaksi dari Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa.
“Ambil iktibar daripada Ronaldinho!”
Itu saranan Sadek kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.
Ia susulan cerita terbaru pemain sensasi berasal daru Terengganu itu yang dilihat berbelanja mewah menerusi pembelian kereta baharu, Porsche Cayman 987.
Tak salah nak bergaya mewah tapi..
Menurut Sadek, tiada siapa boleh menghalang sekiranya Safawi mahu bergaya hidup mewah.
Namun sebagai pemain bola sepak, dia perlu tahu untuk menyeimbangkan keperluan dan kehendak serta memiliki perancangan strategik untuk persaraannya nanti.
” Kita lihat banyak contoh di mana pemain hidup mewah namun selepas tidak lagi bermain, mereka terbeban dengan hutang.
Contoh paling popular dan terbaru adalah pemain bola sepak terkenal, Ronaldinho. Kita tidak mahu Safawi berada dalam situasi sama nanti.
” Bergaya itu tidak salah tetapi perlu beringat juga. Karier bola sepak tidak begitu panjang, jadi sebab itulah ketika dia sedang berada di puncak ketika ini, dia perlu ada rancangan untuk hari tuanya.
” Sebagai pemain muda, dia boleh mengambil nasihat daripada pemain senior di JDT yang banyak meneroka peluang di luar bidang bola sepak seperti hartanah dan perniagaan.
” Tidak salah berseronok ketika waktu muda bagi menjaga imej eksklusif.
” Tetapi pastikan kita dapat terus selesa pada hari tua nanti khususnya kalau tidak lagi terbabit dalam industri bola sepak,” katanya.
Ronaldinho miliki harta RM428 juta, last-last tinggal RM26 dalam bank
Terdahulu, Ronaldinho yang juga pemenang Ballon d’Or pada 2005 dilaporkan memiliki kekayaan 80 juta pound (RM428 juta).
Namun selepas bersara, dia berdepan pelbagai masalah dan dikatakan hanya memiliki 5 pound (RM26) dalam akaun banknya.
Gambar – Ronaldinho dan abangnya ditahan di Paraguay kerana menggunakan dokumen meragukan.
Sementara itu, legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman melihat kemewahan yang dinikmati Safawi ketika ini dapat menjadi motivasi kepada pemain muda yang lain dalam usaha meningkatkan prestasi masing-masing.
” Dia pemain yang muda tetapi sudah mencapai apa yang dihajatkan.
” Dia boleh menjadi model, bukan sahaja kepada pemain muda tetapi kepada remaja seusianya untuk terus bekerja keras dalam bidang yang diceburi.
” Apa yang Safawi dapat ini juga membuktikan bahawa JDT sentiasa menjaga kebajikan pemain dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada prestasi pemain,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : applehijau