SETIAP daripada kita diuji dengan pelbagai mas4lah hidup. Namun adakalanya mus1bah yang berlaku kepada orang lain adalah ujian buat kita.
Seorang penghantar makanan (rider) baru-baru ini tular apabila membawa anaknya bersama setiap kali mengambil dan menghantar pesanan pelanggan.
Penghantar makanan berkenaan, Azimah merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata bernama Zahirah, 5.
Difahamkan wanita itu memilih kerjaya penghantar makanan memandangkan ia adalah satu-satunya pekerjaan yang membolehkannya membawa anak bersama-sama.
Sementelahan Zahirah mengalami mas4lah penglihatan sejak lahir memerlukan pemantauan daripada sepanjang masa.
Kesukaran hidup dihadapi ibu tunggal itu mendapat perhatian daripada aktivis masyarakat, Ebit Lew.
Ebit yang bertemu Azimah turut mengagumi semangat wanita itu berjuang hidup bersama permata hatinya.
“Men4ngis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang OKU penglihatan. Pergi ke mana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya.
“Anaknya aktif dan manja dengan emaknya, rapat berdua.
“Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja ke sana sini.
“Katanya sudah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan,” titip Ebit.
View this post on Instagram
Azimah yang difahamkan tidak berjaya dalam permohonan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) turut menerima sebuah rumah sewa daripada Ebit.
“Kakak ini mohon rumah PPR belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang.
“Syukur pada ALLAH. Kami dapat carikan rumah buat kakak ini. Tidak perlu bayar kerana kami akan bayarkan,” ujar Ebit.
Dalam pada itu, Ebit turut menghadiahkan kelengkapan kediaman seperti perabot, perkakas elektrik dan pakaian raya buat Azimah dan Zahirah.
“Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan periuk nasi elektrik.
“Dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur ALLAH beri rezeki begini padanya,” titipnya.
Dalam pada itu, Ebit turut menitipkan doa agar segala urusan wanita itu dan anaknya dipermudahkan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/