Hati ibu mana yang tak mahu melihat anaknya berjaya di dunia dan akhirat bukan? Setiap ibu bapa di dunia ini pasti akan berasa bangga seandainya anak-anak mereka menunjukkan prestasi kehidupan yang baik. Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato Seri Vida (DSV) meluahkan rasa sedih mengenai lagu Cik B yang tidak mendapat sambutan yang baik seperti yang diharapkan.
View this post on Instagram
Menerusi video Insta live yang dimuat naik di Instagram miliknya, dapat dilihat DSV amat bersemangat untuk mempromosikan lagu raya anaknya, Cik B. Terasa sayu apabila melihat kesungguhan seorang ibu tunggal yang berusaha untuk melakukan apa sahaja demi kejayaan anaknya. Tambahnya lagi, DSV berkata tiada sebarang promosi atau pasaran murahan diadakan hanya kerana untuk meraih tontonan, segalanya atas usaha sendiri. Hmm.. Macam dapat agak je siapa yang buat ‘cheap marketing’ ni..?
View this post on Instagram
Lebih menyayat hati apabila DSV berpesan kepada Cik B agar tidak menjadi seorang yang pemalu dalam industri seni ini. “Sementara mama masih ada ini, belajar dengan mama. Cik B tak boleh malu” ujarnya dalam video yang berdurasi 30 minit itu. Cik B yang semakin melonjak dewasa dalam percakapannya itu menyeru pengikutnya untuk mendengar lagu rayanya yang berkonsepkan Hip Hop dan menyelitkan elemen rap. “Masa raya ni jangan dengar lagu sedih. Kena dengar lagu happy barulah raya pun happy” katanya. Matangnya Cik b!
Cik B yang resah lagunya tidak mendapat sambutan oleh kerana bukan seperti lagu raya versi terdahulu mendapat sokongan penuh daripada peminatnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut anak-beranak ini menyukai lagu raya Cik B dek kerana lagunya yang rancak. Boleh dikatakan sesuai dengan keadaan raya dalam situasi pandemik sekarang yang ‘sendu’.. Menurut mereka, lagu raya versi Cik B ini menyuntik semangat mereka untuk beraya walaupun jauh di samping keluarga tercinta.
Bagaimanapun, tahniah Cik B untuk lagu raya yang sangat meletop itu! Haa.. lagu baru raya artis mana lagi menjadi kegemaran anda semua..?
Baca juga: “Anak-anak Tak Tegur DSV Ke?” – DSV Ditegur Muat Naik Video Menari
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram DSV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/