“Koo ada masalah apa dengan aku” nak cari rezeki main kepala bapakk pula,sekali Ali Puteh komen
Rezeki tak salah alamat, itulah yang dapat dikatakan apabila perniagaan kecil-kecilan pelawak Ali Puteh mendapat sambutan hangat daripada pengguna media sosial.
Difahamkan, Ali menjual sambal petai terangkat dan sambal jering berlado padu yang dimasak sendiri olehnya di rumah. Setakat ini, sudah lebih 1,200 bungkus sambal terjual dalam masa satu bulan sahaja.
Sungguh Laris jualan Ali Puteh
Dalam laporan Boom!, Ali berkata memasak bukanlah perkara baru kerana dia pernah menjalankan perniagaan katering bersama arwah ibu dan Abam sebelum ini.
Tambah Ali, pembeli boleh lihat sendiri cara masakan dan bahan-bahan yang digunakan kerana dia membuat siaran langsung di TkTok.
View this post on Instagram
Ali sendiri tak sangka mendapat reaksi positif daripada netizen siap ada yang ulang tempah.
Di ruangan komen, ada netizen berpesan supaya Ali tak lupa diri apabila berjaya kelak. Ali menjawab dengan baik bahawa seumur hidupnya tak pernah lupa diri.
Netizen lain pula menambah berharap Ali sebagai bapa saudara tak lupa tanggungjawab terhadap anak arwah Abam dan meminta maaf terhadap Hidayah.
Tak berdiam diri, Ali dilihat mengajak individu tersebut untuk bersemuka jika tak berpuas hati. Ali mempersoalkan mengapa individu itu sibuk masuk campur urusan keluarganya.
Sumber : obulan
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.