Home Petua Tips ‘Kami Tak Da Kaitan Lagi Dengan Youtube’ Sugu Pavithra Jelaskan Puncanya

‘Kami Tak Da Kaitan Lagi Dengan Youtube’ Sugu Pavithra Jelaskan Puncanya

274
0

SUNGAI SIPUT – Pasangan YouTuber masakan sensasi, S Pavithra dan M Sugu memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.

Perkara itu juga menjadi punca pasangan terbabit memadam semua 98 video aktiviti dan masakan kendalian mereka di saluran ‘Sugu Pavithra’ semalam.

Bercakap kepada pemberita, Sugu, 29, berkata, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Sugu menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi.

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rumah sewa pasangan itu yang baharu diduduki bulan lalu di Kampung Muhibbah di sini sunyi sejak semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam.

Laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan.

sumber : sinar

Previous article“Dia Teman Wanita Saya Jan 2020” Teman Lelaki Alya Iman Muncul Dedah Kena Kikis Sampai RM 2.3 Juta
Next articleSekarang Kita Tahu Apa Dalam Fikiran Dr M Tentang ‘Peralihan’ – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here