Semalam tular video situasi tegang melibatkan seorang individu dipercayai seorang staf di universiti dengan seorang pemandu di jalan raya.
Berdasarkan video tersebut, pertengkaran itu berlaku dipercayai akibat satu insiden membabitkan kesalahan lalu lintas.
Keadaan menjadi tegang apabila wanita berkenaan dirakam meninggikan suara terhadap seorang lagi pengguna jalan yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Namun, beberapa jam selepas kejadian itu berlaku serta tular di media sosial, individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, dipercayai di akaun Instagramnya.
Tngkap layar kenyataan maaf tersebut bagaimanapun turut tular dan menjadi perhatian warganet.
“Jika saya slah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Spread the positivity. Im done. Assalamualaikum.”
Begitulah kenyataan maaf yang ditampilkan dalam hantaran di Instagram tersebut.
Tindakan pihak universiti
Kes tersebut tular hingga mendapat perhatian pihak pengurusan universiti.
Ekoran itu, satu kenyataan tegas dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi universiti tersebut malam tadi.
Berdasarkan kenyataan tersebut, kes itu adalah didakwa disebabkan tindakan spontan dan di luar jangkaan individu berkenaan.
Namun jelas kenyataan universiti, tingkah laku spontan itu jelas tidak mencerminkan sahsiah dan etika seperti sepatutnya yang diterapkan dalam kalangan warga universiti.
Justeru, kes itu kini dalam siasatan pihak universiti untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : siakapkeli