Home Petua Tips Lakonan Fazura dan Lisa Surihani Beri Inspirasi, Netizen Akui Sering Berangan Kahwin...

Lakonan Fazura dan Lisa Surihani Beri Inspirasi, Netizen Akui Sering Berangan Kahwin Dengan Pilot

137
0

Dulu waktu tengok cerita ni dah berangan bila umur sama mcm dgn diaorg dlm cerita ni mesti ada kerja best, kerja sampai dekat Cappadocia, jumpa pilot handsome last last duduk rumah sebab Covid 🙂”

Siapa sangka pengaruh watak dalam filem mampu memberi inspirasi serta menyuntik semangat penonton meskipun hanya berangan dihadapan layar kaca.

Dua bakat lakonan yang mantap terbukti memberi kesan kepada para penonton menerusi beberapa filem sebelum ini, nama Fazura dan Lisa Surihani diangkat menjadi pelakon berperngaruh yang mampu membawa penonton menghayati watak hingga ke dunia realiti.

Mengimbau kembali cita-cita lama yang pernah ditanam, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar daripada sebuah adengan filem lakonan dua pelakon wanita yang hebat ini, telah memberi pengaruh besar dalam mengejar cita-cita.

Rata-rata warganet menyifatkan watak Fazura dan Lisa Surihani di dalam sebuah filem romantik yang seolah-olah membawa penonton berkunjung ke bentuk muka bumi yang unik terletak di bahagian tengah Turki, Cappadocia meraih perhatian umum pada suatu ketika dahulu sehingga orang ramai terinspirasi untuk menyimpan hasrat bagi melawati ke negara nian indah itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua pelakon ini sememangnya memiliki bakat lakonan yang sangat mantap sehingga mampu melahirkan inspirasi positif kepada masyarakat.

Setiap lakonan bersahaja yang dipamerkan membuatkan penonton berasa lebih dekat dengan watak mereka sehingga ada yang menjadikan diri mereka sebagai karekter dalam filem tersebut serta menjadikan kedua-dua selebriti ini sebagai idola dalam mengecapi impian.

“Aku dulu siap berangan nak kerja macam Fazura dalam cerita tu, best kot weh jadi interior designer pergi bercuti dapatkan sofa mahal datin-datin..tibe tibe dapat kenal pulak dengan lelaki handsome kerja pilot siapa taknak pergh😅😍🥰”

Bukan bakat sahaja yang menyerlah, personaliti yang seiring dengan perkembangan kerjaya membuatkan ramai wanita di luar sana amat kagum akan kejayaan Fazura dan Lisa Surihani dalam membintangi apa jua lakonan.

Best kan tengok Lisa Surihani dan Fazura bergandingan sekali, dah lah cantik! Untung betul suami mereka berdua ni.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleMoh0n Maaf Kepada Rita Rudaini Dan Lufya, Farahanim Razak B3lum Bersedia Terima Pand4ngan Netizen
Next article“Bakat Letak Tepi” Gadis TikTok Jadi Penyanyi, Netizen Kecew4 Industri Muzik Senang Buat Duit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here