Kita dah sedia maklum segala kelonggaran yang diberikan sebelum ini sudah mula diperketatkan semula dimana tiada lagi rentas negeri dibenarkan. Jika ada yang cuba-cuba buat, mereka akan didenda RM 1,000.
Walaubagaimanapun, kalau nak rentas atas urusan kerja itu masih boleh lagi dilakukan. Tambahan pula kalau korang ada rentas negeri atas sebab-sebab tertentu yang diberikan sebelum ini dan terkandas disitu, masih boleh pulang!
Tapi, PDRM Kubang Pasu ada kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan.
Oh ya! sebab kecemasan pun boleh.
Perlu sediakan dokumen-dokumen ini.
1. Surat Panggilan oleh Majikan untuk memulakan tugas atau kerja.
2. Arahan Majikan utk tuan mula bertugas, tertera senarai nama tuan dalam surat ni.
3. Permit Rentas Negeri – kebenaran pergerakan dari Ketua Polis Daerah selepas mempertimbangkan permohonan.akan di jalankan sesi saringan dan temuduga oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu sendiri sebelum permohonan merentas negeri diluluskan.
Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kes penipuan oleh sesetengah individu yang ingin mengambil kesempatan untuk merentas negeri atau mengemukakan sebarang alasan yang tidak munasabah.
Bagaimanapun sumber juga ada menjelaskan bahawa dah ada beberapa kes ‘kantoi’ yang cuba nak tipu dengan mengambil kesempatan ini.
“Dah ada kes palsukan dokumen rentas negeri, Kalau sapa2 nak merentas pintu lokap boleh la try palsukan surat rentas negeri.”
Jadi, korang tolong lah bagi kerjasama supaya urusan kita dipermudahkan.
Sumber : lobakmerah