Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas meluahkan rasa kes4l dengan tujuh syarat ‘an3h’ yang diletakkan isterinya, pelakon Nynaa Harizal sekiranya mahu bersemuka.
Kredit foto: IG
“Memang benar 12 November lalu Nynaa ada hubungi saya dan kami sempat bercakap seperti biasa.
“30 saat pertama itu memang saya gembira dengar suaranya. Tapi, lepas itu saya rasa ada sesuatu yang kurang baik selepas saya menyentuh mengenai pertemuan bersamanya secara bersemuka.
“Tujuh syarat diberikan kepada saya. Saya tahu syarat tersebut bukan dia sendiri yang tetapkan tetapi sudah disusun atur peguamnya.
“Saya memang agak kes4l dan terkejut dengan syarat-syarat tidak berasas yang ditetapkan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar yang dipetik dari Kosmo Online.
Tambahnya, perkara itu bagaikan sengaja dirancang pihak ketiga.
Mengakui pelik apabila isterinya tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari Johor bagi bertemu dengannya, Fahmi turut mengakui hubungannya dengan ibu bapa mentuanya mula bergolak selepas dia dan Nynaa berkahwin.
Kredit foto: IG
“Sebelum berkahwin, hubungan saya dengan keluarga dia memang sangat baik dan kami rapat. Tapi selepas kami bertunang, keluarga dia terutama ibu dia lain sikit dari segi layanan. Sejujurnya memang ada isu antara saya dan ibunya.
“Ada beberapa isu dan salah satunya melibatkan kewangan. Tapi saya tak dapat mengesahkan isu itu menjadi punca sebab saya sendiri tak tahu apa sebenarnya masalah yang menyebabkan hubungan saya dengan keluarganya jadi begini,” ujarnya.
Kredit foto: IG
Kalau puncanya kewangan, apalah isunya tu sampai berubah layanan lepas kahwin?
Sumber:Cari
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.mediamalaysia.cc/