Home Petua Tips “Wardina Safiyyah jelaskan, tak elok hidup tidak dihargai. Lebih baik berpisah!”

“Wardina Safiyyah jelaskan, tak elok hidup tidak dihargai. Lebih baik berpisah!”

489
0

Semenjak menjak ini semakin banyak kes kita dengar cerita berkenaan tentang keruntuhan rumah tangga yang berlaku tidak kira dari kalangan selebriti mahupun orang yang terdekat dengan kita. Kes sebegini semakin meningkat di Malaysia dari tahun ke tahun dan ianya seperti satu fenomena yang bermusim.

Seperti tentang Lufya Omar yang jelas dilepaskan oleh suaminya Dr Hafiz dengan persetujuan bersama oleh sebab tiada kata sepakat dalam perbincangan rumah tangganya.

Terdahulu, kes Pencetus Ummah, PU Abu juga menjadi hangat dengan isu keretakan rumah tangga dengan isteri, Ain Afini yang menjadi buah mulut warganet.

PERPISAHAN TU OKAY

Beberapa hari yang lepas, satu posting di akaun Instagram milik peribadi Wardina Safiyyah yang dulu popular sebagai actress jelita telah memberi komen mengenai masalah rumah tangga yang semakin hangat ini.

Wardina memberi kata kata semangat untuk pasangan yang mengalami peristiwa itu untuk terus bangkit.

 

Keluarga Bahagia Wardina Safiyyah

Menurut penulisannya itu, berpisah itu sesuatu yang okay dan setelah itu untuk move on, kita mesti membuatnya untuk baik baik sahaja kerana tiada apa yang teruk mengenai perpisahan ini.

TAK ELOK HIDUP TIDAK DIHARGAI

Tambah Wardina lagi, apa yang menjadikan hidup kita tidak okay adalah apabila kita tinggal bersama orang yang tidak pandai menghargai diri kita. Daripada kita hidup menyakitkan hati sendiri lebih baik kita move on dan berpisah dengan cara baik, mungkin itu adalah jalan terbaik bagi kedua belah pihak.

BUKAN SAYA, CUMA NASIHAT KEPADA YANG MELALUINYA

Jelas Wardina lagi ini bukanlah fasa perpisahan bagi dirinya kerana dia hanya membuat perkongsian sekiranya ada pengikutnya yang sedang melalui fasa ini supaya tidak berputus asa untuk menjalani hari yang mendatang.

 

Wardina menyatakan bahawa untuk memulakan hidup baru ini merupakan sesuatu yang sangat susah namun begitu, kita mesti melaluinya juga dan jalan terbaik adalah mengharungi liku hidup dengan tenang dan sabar.

 

Sumber : applehijau

Previous article‘Jangan Pandai Pandai Rakam’ Sebar Berita P4lsu Cvid-19, Polis Rakam Keterangan Fuziah
Next articleZara Zya dah jumpa pengganti, Jihan kata abang iniform – “Doakan baik-baik , gementar tapi bahagia”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here