Pengarah, Jinggo terharu selepas mendapat kiriman video daripada pelakon, Saharul Ridzwan yang menitipkan doa buat keluarganya di hadapan Kaabah.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya, dia juga turut tumpang gembira apabila Saharul telah mendapat seru dan dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki di kota suci, Mekah.
Malah, suami kepada pelakon, Sheila Rusly ini turut menyatakan rasa bangga dengan perubahan yang telah ditunjukkan oleh Saharul.
“Patutlah sehari dua ni terkenang kenangkan dia, Alhamdulillah, dia sudah dipilih Allah.
“Ke Kota Mekah bukan di ukur dari kehidupan yang susah dan mewah tapi dinilai dari hati yang luhur dan sejauh mana kita berserah
“Alhamdulillah, dia sudah bertemu Tuhan bukan baru bertemu Tuhan. Proud of you,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram pada Selasa, Saharul telah memanjatkan doa semoga Jinggo sekeluarga akan sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan segala amal kebaikkannya akan dikurniakan ganjaran syurga.
“Ya Allah, sis (Sheila Rusli) dan Abang Jinggo ini merupakan orang yang baik. Mereka banyak buat kebaikkan pada semua orang. Pertemukanlah aku dengan mereka. Asbab kebaikkan yang pernah mereka buat untuk semua orang, kau ampunkanlah dosa-dosa mereka, anak-anak, ibu ayah dan keluarga mereka.
“Jauhkanlah mereka daripada azab api neraka Ya Allah. Lindungilah mereka daripada keburukan dunia. Ya Allah, seandainya ada perkara yang tidak baik, kau hindarkanlah. Lindungilah dan masukkan mereka di dalam syurgamu.
“Seandainya ada rezeki yang tidak hadir, kau hadirkanlah rezeki-rezeki itu ya Allah. Letaklah mereka di dalam syurga bersama orang-orang beriman. Lama aku tak bertemu mereka. Periharalah mereka. Panjangkanlah umur mereka dan anak-anak ya Allah,” titipnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut memuji hubungan akrab diantara Jinggo dan Saharul.
View this post on Instagram
“Orang baik ramai sayang, tak perlu tunjuk sayang hari-hari tapi sekali dia menadah tangan mendoakan kita ditempat suci maka, hebatlah sayang dia pada kita.
“Aku pula yang menangis. Bukan senang orang nak mendoakan kita. Amin.
“Sebak dengar doa ni. Tengok Kaabah sayu hati mengalir laju je membasahi pipi. Ya Allah jemputlah aku dan keluargaku ke sana. Amin.
“Semoga Allah makbulkan doa-doa itu. aamiin.
“Sebak dan terharu. Alhamdulillah. Orang baik orang sayang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Saharul kini sedang berada di tanah suci untuk menjalani ibadah umrah bersama rakan selebriti yang juga merupakan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail.
Komen Netizen:
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Jinggo & Saharul Ridzwan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.mediahiburan.my/