Pelakon Roy Azman memanjatkan rasa syukur kumpulan Viral berjaya menggalas trofi tempat ketiga di pentas akhir Muzikal Lawak Suparstar 2 (MLS2) Jumaat lalu.
Menyifatkan kemenangan itu sebagai momen terindah, Roy memberitahu dia berasa gembira trofi kemenangan itu merupakan yang pertama sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni.
Walaupun trofi tersebut datangnya bukan anugerah dari bidang lakonan, namun dia tetap menghargainya.
“Selama 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni lakon tanah air, buat pertama kalinya abang dapat trofi tapi dalam dunia lawak bukan lakonan.
“Maknanya lakonan abang tak menarik, syukur. Alhamdulillah, setidaknya dalam 32 tahun adalah satu piala, tak kiralah bidang apa sekali pun.
“Setidaknya ada jugalah kenangan. Syukur Alhamdulillah, terima kasih pada anda yang sentiasa memberikan sokongan,” ujarnya
Berikut video luahan Roy Azamn
Terdahulu, pentas MLS2 menyaksikan kumpulan Heart dinobatkan sebagai juara manakala naib juara pula jatuh kepada U.N.I.
Pemenang tempat ketiga dirangkul oleh Viral dan sekaligus Janggo ditempat keempat.
Pelakon Roy Azman kini makin kelakar dengan berkongsi pelbagai video-video yang sangat menghiburkan di laman media sosial. Roy yang sebelum ini sering dilihat memegang watak VIP dalam lakonannya, namun realitinya tidak sama sekali berbeza dan bertent4ngan dengan karekter sebenar Roy.
Sejak perint4h kaw4lan pergerakan (PKP) dijalankan, Roy banyak meluangkan masa lapang dengan membuat video-video yang kelakar. Malah, hasil perkongsian video itu, telah buat ramai mencu1t hati dengan melihat gelag4tnya yang sering men1ru dan mengus1k rakan-rakan artis lain.
Roy Azman atau nama sebenarnya Zairosminan bin Abdul Rahman juga meminati bidang bola sepak. Telah mendirikan rumah tangga bersama Rafidah “Fyda” bekas ahli kumpulan Princess. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://limauasamboi.pw/