Begitu sayu dan memilukan namun semua yang berlaku atas kehendakNya,ini gambaran dapat diberikan seorang bapa yang terkilan tidak dapat membantu anaknya dan melihat anak kesayangannya meninggI di depan mata.
Bapa kepada kanak-kanak yang meninggI dnia akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan dalam kjadian di Felda Kerteh 4, Jumaat lalu meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya.
Mngsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, meninggI dnia awal pagi tadi kira-kira jam 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, adiknya Muhammad Azib, 6, yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital berkenaan.
Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata, beliau tidak bersama anaknya ketika kjadian kerana berada di rumah ibunya di Bandar Paka.
” Masa kjadian tu saya sedang membaiki dapur di rumah ibu saya manakala lima anak termasuk Nur Nazihah dan Muhammad Azib tinggal bersama isteri di rumah di Felda Kerteh 4.
” Saya terkejut bila isteri telefon beritahu dua anak saya disengat tebuan dan ada banyak kesan gigitan pada badan Nur Nazihah.
” Saya pun minta isteri segera hantar anak ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.
” Setibanya saya di klinik, keadaan anak nampak agak krit1kal walaupun ketika itu masih sedar.
” Anak saya kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Mohd Sabri yang dipanggil ‘abah’ oleh anaknya itu berkata, beliau terkilan kerana tidak dapat menolong anaknya ketika kjadian.
Katanya, apa yang lebih memilukan, beliau masih tidak boleh melupakan rintihan anaknya yang menanggung kes4kitan ketika dirawat di hospital.
” Dua hari di hospital dia masih sedar dan merintih s4kit tetapi sejak malam tadi keadaan dia agak krit1kal, dia nampak semakin lesu dan tidak sedarkan diri.
” Saya tak sanggup lihat keadaan dia. Hati bapa mana tak sedih bila lihat keadaan anak macam tu,” katanya.
Mohd Sabri menunjukkan tempat anaknya disengat tebuan hingga m4ut. (Gambar kecil) Bomba memusnahkan sarang tebuan.
Menurut Mohd Sabri, hatinya luluh saat menyaksikan anaknya itu menghembvskan nfas terakhir di depan matanya.
” Hati saya pilu namun saya reda dengan ketentuan ALLAH SWT,” katanya.
Menurut Mohd Sabri, jen4zah anaknya selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Felda Kerteh 4&5 sekitar jam 11 pagi tadi.
Terdahulu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kem4tian mngsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan tebuan.
Menurutnya, mngsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam, semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan.
Luahan Netizen
Sumber : limauais