Home Petua Tips ‘Luluh Hati Kami..’

‘Luluh Hati Kami..’

267
0

“DIA satu-satunya anak kami, puas saya mencarinya sekeliling rumah namun tidak jumpa.

“Luluh hati ini sebaik dimaklumkan dia lem4s,” kata Shaiful Lizam Mat Hudin, selepas myat anaknya ditemui m4ti lem4s di dalam kolam bersebelahan rumahnya di Kampung Bukit Merah, Paka, Dungun, petang tadi.

Shaiful Lizam, 21, anaknya, Nur Ara Raisha berusia satu tahun setengah di percayai terjatuh ke dalam kolam terbabit, kira-kira jam 5.15 petang.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia sedang membaiki keretanya kira-kira jam 5 petang sementara Nur Ara Raisha sedang bermain di tempat duduk belakang kereta.

“Ketika kejadian, isteri Siti Nur Suhada Mohd Zakariayudin, 26, sedang berniaga santan di Bandar Paka.

“Beberapa minit selepas itu, saya dapati anak saya tiada di belakang kenderaan sebelum mencarinya sekeliling rumah namun tak jumpa.

“Saya meminta tolong orang kampung dan bapa saudaranya membantu mencari dia (Nur Ara Raisha) sebelum bapa saudara menemuinya di dalam kolam itu,”katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, malam ini.

 

SAIFUL Lizam (kanan) bersama ahli keluarganya menunggu proses bed4h siasat myat anaknya, Nur Ara Raisha yang lem4s terjatuh ke dalam kolam di Kampung Bukit Merah Paka. FOTO Rosli Ilham

Katanya, sebaik mengangkat anaknya dari kolam terbabit dia sedaya-upaya memberi bantuan pernafasan sambil berharap anaknya itu masih hidup.

“Saya mendukung anak dan segera mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Paka dan kira-kira jam 7 petang saya dimaklumkan pegawai perubatan anak saya sudah meningg4l.

“Patutlah awah sepanjang hari ini sangat bermanja dengan saya dan sepanjang hari ini dia banyak berdiam dan sering melihat ke langit, rupanya dia nak pergi meninggalkan saya, “katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Menurutnya, myat dibawa ke Bilik F0rensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

“M4yat akan dibed4h siasat pagi esok oleh pakar bed4h dari Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu,”katanya.

Sumber : hmetro

Previous articleSelepas Mukhriz mengadap Sultan Kedah, Ini yg bakal berlaku Ahad Ini
Next articleJangan Buat Perangai Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here