Home Petua Tips MD Kumpulan Jakel Mohon Maaf Isu Posting IG Adiknya Perlekeh Melayu

MD Kumpulan Jakel Mohon Maaf Isu Posting IG Adiknya Perlekeh Melayu

305
0

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi semasa yang menimpa syarikat tekstil gergasi terkemuka negara, Kumpulan Jakel apabila wujud gelombang memboikot jenama itu di media sosial.

Ia susulan tularnya paparan Instagram Story adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel yang seolah-olah menghina orang Melayu.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga m4rah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya,” ujarnya.

 

Paparan skrin video permohonan maaf yang dikongsi.

Mohamed Faroz membuat permohonan maaf itu menerusi satu posting video yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Jakel pada Ahad malam.

Dalam video sama, dia turut menjelaskan identiti seorang wanita dikenali sebagai Nor Lizah yang turut membuat posting mengh1na orang Melayu dan mempertahankan jenama itu.

“Contohnya posting Nor Lizah yang mana beliau mengutvk, mengh1na, mem4ki hamun orang Melayu kita dan beliau tiada kena mengena dengan keluarga Jakel mahupun dengan rangakaian Jakel.

“Jadi saya sebagai pengarah kumpulan mewakili seluruh kakitangan dan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu kita yang tersinggung dan terkecil hati dengan statement yang telah dilakukan adik saya.

“Memang tidak ada niat untuk menghina dan merendahkan orang Melayu kita. Jakel berjaya naik dan berjaya menjadi sebuah gedung yang terkenal adalah dengan sokongan seratus peratus orang Melayu kita juga.

“Jadi masakan saya menghina orang Melayu dan tidak tergamak dan tidak terfikir oleh akal fikiran manusia untuk mengh1na pelanggan kami yang mana pelanggan memberi kami rezeki dengan izin Allah,” ujarnya.

 


Posting Muzaffar Jakel yang tular dan dikec4m netizen.

Mohamed Faroz dalam video sama berharap masyarakat di luar sana agar terus menyokong jenama tersebut dan mengakui berasa sedikit emosi dalam hal berkenaan.

Malah, dia mendedahkan cukup kecewa dan sedih atas apa yang berlaku itu.

Pada 1 Mei lalu, Muzaffar Jakel menerusi Instagram Story miliknya seolah-olah memperlekeh orang Melayu apabila ramai yang mempertikaikan pembukaan gedung itu pada 4 Mei.

Posting seorang lagi individu yang mencetus rasa m4rah netizen.

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP (prosedur operasi standard) bahasa Melayu pun tak pandai baca, ‘ tulisnya.
Setelah dikec4m, dia turut membuat permohonan maaf di Instagram.

 

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber Mstar

Previous articleKerajaan akan buat PKPB tiba tiba Kedah akan tangguh PKPB.Ini Kata Mukhriz
Next articleRakyat Tdk Menyokong Apa Yg Perdana Menteri Ucapkan Ttg Kelonggaran PKP. Jumlah Rakyat Yg Tandatangan Petisyen Amat Mengejutkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here