SEGALA apa yang ditayangkan di media sosial belum tentu menceritakan kehidupan sebenar kita.
Begitu juga yang dilalui seorang influencer ini apabila ramai yang salah sangka dengan dirinya.
Menerusi satu video tular, Eamie Elyna Jamalludin, 25, menjelaskan d4kwaan netizen yang menganggap dia hidup mewah biarpun tidak memiliki sebarang pekerjaan.
Mesra disapa Mel, dia yang banyak berkongsi content berkaitan kecantikan dan kecergasan di media sosial ada jawapan tersendiri mengenai dakwaan itu.
“Macam mana anda boleh kata kehidupan saya mewah? Saya tak ada kereta, tak ada Rolex (jam tangan mewah). Saya tiada handbag mahal.
“Makan kat hotel biasanya kawan-kawan belanja, bukan duit saya. Pasal kerja, saya bekerja dengan media sosial.
Mel turut terlibat dalam NGO berkaitan golongan B40.
“Kalau jadi duta, setiap bulan saya memang ada pendapatan pasif, sebab saya reviu produk. Satu brand RM500, lima brand dah RM2,500.
“Saya kerja event, dua hari dah RM1,000. Jadi talent, jadi model, berlakon,” jelasnya panjang lebar.
Kata Mel, dia sudah terbiasa menerima komen negatif di media sosial, namun katanya dia enggan ambil pusing dengan pandangan orang.
Saya pun enggan menegakkan benang yang basah.
MEL
Sebaliknya, wanita muda yang menetap di Kuala Lumpur itu banyak membaca buku berkaitan psikologi demi memahami tindakan dan pemikiran manusia.
“Selalu dapat komen negatif, tapi takkanlah saya nak tunjukkan struggle di media sosial? Saya juga pilih kelompok kawan-kawan, kebanyakan kawan saya memang berduit.
“Kadang-kadang keluar dengan mereka pergi hi tea di hotel, pergi meeting dan sebagainya, tak kan la saya nak tunjuk saya keluar dengan siapa.
Mel memiliki lebih 77,000 pengikut di Instagram.
“Saya juga pasti orang yang tinggalkan komen negatif ini tak kenal saya. Kita tak hakimi orang, tapi orang hakimi kita… sedih juga.
“Saya banyak baca buku psikologi untuk cari kekuatan. Untuk faham corak pemikiran dan tindakan orang.
“Ia menjadikan mental saya lebih kuat,” jelas Mel yang juga pelajar tahun akhir bidang pemasaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Malah katanya, dia juga acap kali menerima komen berkaitan rupa paras dan gaya pemakaian, namun menerima segala kata-kata dengan hati terbuka.
“Komen begitu dah selalu saya terima, sebab rupa paras dan pemakaian yang orang nampak dulu.
“Saya faham apa mereka cuba sampaikan. Saya pun enggan menegakkan benang yang basah. Saya tak kisah mereka nak tegur, tapi kena ada adabnya,” ujarnya yang juga seorang model sambilan.
Mel banyak membaca buku psikologi untuk mencari kekuatan diri.
Dedah Mel, ramai tidak tahu yang dia sebenarnya aktif dalam satu pertubuhan agensi bukan kerajaan (NGO) berkaitan golongan B40.
“Kalau ada apa-apa peluang, semua saya buat. Saya juga pernah jadi kru jual baju dan cenderamata.
“Saya banyak terlibat dengan NGO bersama kakak angkat, berkaitan golongan memerlukan. Saya sendiri pun bukan berasal dari keluarga senang.
“Saya tak tunjuk benda macam ni di media sosial. Tapi ia banyak mengajar saya. Selain belajar menguruskan program, saya juga sedar ramai orang jauh lebih susah di luar sana,” ujarnya.
Untuk rekod, Mel memiliki lebih 40,000 pengikut di TikTok dan 77,000 pengikut Instagram.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar