Masa terasa begitu pantas berlalu. Ketika menatap foto Aidilfitri Dato’ Sri Rossa baru-baru ini, tak sangka anak tunggalnya semakin segak dan tinggi lampai. Berusia 16 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai sosok remaja yang tampan dan terlihat sangat menyayangi ibunya.
Meninjau usikan di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Rossa yang tidak dimamah usia dan boleh dikatakan sebaya seperti anaknya. Masakan tidak, pada usia 44 tahun, pasangan ibu-anak ini kelihatan persis kakak dan adik.
Sekadar info, Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
Merupakan seorang ibu tunggal, populariti Rossa terus meningkat naik walaupun di tengah kebanjiran pendatang seni yang ramai. Bahkan lagu-lagu Rossa sampai sekarang masih menjadi siulan peminatnya di Asia Tenggara.
Mesra dipanggil Teteh Ocha, wanita bersuara menawan dari Jawa Barat ini rupa-rupanya sudah 25 tahun melakar nama dalam industri muzik Indonesia. Lagu-lagu Rossa masih segar berputar di fikiran, antaranya lagu Aku Bukan Untukmu, Pudar dan Atas Nama Cinta.
Hal yang paling disyukuri selama 25 tahun sebagai penyanyi adalah keupayaannya menginspirasikan ramai orang.
Tak sangka mampu bertahan sejauh ini, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani bakal menganjurkan ‘Rossa: 25 Shining Years Concert’ tak lama lagi.
Konsert di Jakarta ini merupakan apresiasi beliau terhadap peminat yang tak jemu-jemu memberikan sokongan sejak awal penglibatannya sebagai penyanyi.
“Sejujurnya saya tak sangka mampu bertahan selama ini.” Rossa
Bahkan beliau juga tak pernah menghitung sudah berapa tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian.
“Saya rasa angka 25 tahun adalah angka yang baik untuk kerjaya saya. Jadi saya fikir kerana angkanya bagus, jadi kenapa tidak diraikan dengan konsert.
Saya juga sangat bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya, malah banyak yang setia dengan lagu-lagu nyanyian saya.” Rossa
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Patutlah Rossa maintain cantik dan muda remaja!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.nona.my/