Home Petua Tips Umur Baru 8 Tahun Tp Aluanan Azannya Macam Kat Mekah.Ustaz Terpukau “Dia...

Umur Baru 8 Tahun Tp Aluanan Azannya Macam Kat Mekah.Ustaz Terpukau “Dia Menangis Dpt Tempat KeDua”

244
0

UMURNYA baru sahaja menginjak lapan tahun, tetapi kemerduan suaranya mengalunkan azan cukup membuatkan ramai yang kagum.

Itulah gerangan pemilik nama Muhammad Nur Iman Mohammad Radzi, seorang murid tahun dua dari sebuah sekolah agama KAFA di Klang, Selangor.

Videonya mengalunkan azan tular di media sosial selepas dimuat naik oleh gurunya, Ustaz Muhammad Sazli Zainal Kamaruddin, dua hari lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Sazli berkata dia merakam video tersebut secara spontan ketika menemani beberapa orang muridnya di kelas sementara menunggu mereka dijemput pulang oleh penjaga masing-masing.

“Sambil-sambil menunggu beberapa murid, saya bersembang-sembang dengan mereka termasuk Iman. Masa tu Iman beritahu dia suka mengaji dan azan, jadi saya suruh dia perdengarkan dan dia pun volunteer.

 

Tangkapan skrin (screenshot) dari rakaman video ketika adik Muhammad Nur Iman melaungkan azan.

“Masa mula dia mengaji ayat Al-Quran, saya kagum dengar bacaannya. Jadi masa dia kata nak azan, saya dah sedia nak merakam. Memang terpukau dengar suaranya, siap dengan lenggok dan alunan sekali.

“Saya merupakan guru bagi murid tahun lima dan enam… jadi apabila mendengar dia mengaji, rasa kagum sebab dia seperti setanding dengan murid yang tua daripadanya,” kata guru berusia 24 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, Muhammad Sazli berkata Muhammad Nur Iman sebelum ini pernah menyertai pertandingan laungan azan dan mendapat tempat kedua.

 

Ustaz Muhammad Sazli merupakan guru subjek Tajwid bagi tahun lima dan enam.

“Selepas video tu tular, rakan-rakan guru bercerita yang adik Iman ni pernah sertai pertandingan laungan azan tahun lalu, iaitu ketika dia tahun satu. Saya baru tahu sebab saya baru seminggu mengajar di sekolah ini.

“Mereka cerita, Iman menangis sebab dapat tempat kedua sahaja. Tapi bagi saya, ia adalah pencapaian yang bagus untuk pelajar seusianya, malah wajar dipuji sebab berani.

“Video yang dimuat naik ini pun diketahui oleh ibu Iman. Menurut ibunya, Iman memang suka buat carian di YouTube mengenai laungan azan untuk berlatih terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Bukan setakat azan Mekah, azan Jiharkah dan azan Maqam Sikah pun dia boleh buat.

 

“Menurut ibunya lagi, Iman bercita-cita nak jadi seperti idolanya, Ustaz Fahmi Asyraf iaitu muazzin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,” cerita guru yang sudah hampir enam tahun bergelar pendidik ini.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Muhammad Sazli berkata dia sekadar memuat naik video tersebut untuk mengabadikan kenangan dan menjadi tatapan pelajar tersebut kelak.

 

Ustaz Muhammad Sazli sudah hampir enam tahun bergelar pendidik.

“Nanti bila dia dah besar, mungkin dia boleh tengok semula. Guru Besar sekolah ini pun turut berbangga bila video ini viral. Dia pun ada komen juga mengatakan Iman pelajar dari sekolahnya.

“Dalam pada itu, mungkin perkongsian ini sedikit sebanyak menghantar mesej kepada ibu bapa agar mendedahkan anak-anak mereka dengan perkara yang asas ketika masih kecil.

“Orang kata, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Bila terapkan perkara-perkara seperti ini dari kecil, insyaAllah mereka akan mudah mengikut,” katanya lagi.

Moga Adik Besar nanti jadi Imam Besar in Sha Allah

 

Sumber : mstar

Previous articleMd Sajjad SeIamba Je Post Kat IG Siap Tanya Hai Rindu Saya Tak. MAIS Pula Tampil Jelaskn Knapa Sjad Blum Ditah4n
Next articleKompaun RM10 Ribu Ramai Tak Puas Hati. Sekali Ismail Sabri Jelaskan Sepenuhnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here