Home Petua Tips Mahu ken4ng jasa jutaan rakyat Malaysia. Dengan kudr4t yang ada bapa Ainul...

Mahu ken4ng jasa jutaan rakyat Malaysia. Dengan kudr4t yang ada bapa Ainul Mardhiah ber4zam bantu m4ngsa b4njir.

98
0

Jika kita masih ingat akan kisah adik Ainul Mardhiah iaitu bayi yang menghidap tumor di bahagian mulut dan diterbangkan ke London untuk menjalani operasi pasti akan tersenyum apabila mendengar khabarnya yang kian pulih.

Bayi kesayangan rakyat Malaysia ketika itu mendapat perhatian ramai dan turut dibantu doktor pakar kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom untuk menjalani pembedahan di sana.

Kenang kebaikan rakyat Malaysia

Berkat usaha banyak pihak serta doa yang tak pernah putus dari rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh berjalan dan kembali sihat.

Terkenangkan kebaikkan dan bantuan yang cukup besar terhadap anaknya, bapa kepada adik Ainul telah bertekad untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor ketika ini.

Video:

https://www.facebook.com/100000416024242/videos/365568298709528/

Usaha beri bantuan semampunya

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang dia sangat berterima kasih dengan bantuan yang pernah jutaan rakyat Malaysia berikan kepada mereka dan ini masanya untuk dia membalas budi walaupun tidak seberapa.

Dia yang mengusahakan perniagaan barangan runcit dan memiliki pasar mini sendiri di Melaka akan mengedarkan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Akan hantar dari Melaka ke Selangor

Walau bagaimanapun, Ahmad Safiuddin mengakui tidak dapat memberikan banyak namun sumbangan yang diberikan diharap mampu meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Dia juga turut mengumpulkan barangan yang diinfaqkan orang ramai dan membawanya  sama ke Selangor dari Melaka. Dikesempatan itu, Ahmad Safiuddin mengakui sama sekali tidak akan melupakan segala jasa baik rakyat Malaysia dan syukur Alhamdulillah anaknya kini membesar dengan baik serta ceria.

Barang bantuan yang disediakan dan telah dikumpulkan akan mula dibawa ke Selangor bermula Rabu dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin

Tersadai Dan Tersekat Dari Pukul 4 Petang Semalam. Ini Keadaan Terkini Yang Masih Sangkut Dalam Banjir Di Selangor.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memindahkan individu yang terlibat dengan banjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Setakat ini seramai 11,384 mngs4 daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu mangsa yang ditempatkan di PPS. Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di sini lewat malam tadi.

Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah keselamatan serta nyawa mangsa yang terlibat. Menurut Ismail Sabri, beliau juga telah berhubung dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang agar menggerakkan lebih ramai anggota bersama aset untuk membantu operasi pemindahan mangsa terperangkap kerana air naik dengan cepat.

“Berhubung pengisytiharan darurat di Selangor dan Kuala Lumpur, kita masih menunggu dan melihat sama ada terdapatnya keperluan untuk berbuat demikian. Saya juga telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara dan Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan selanjutnya. Setakat ini, tindakan yang dibuat adalah menggerakkan seramai mungkin anggota tentera, polis dan bomba termasuk aset-aset untuk kita lakukan aktiviti menyelamat mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut situasi banjir di Selangor, Ismail Sabri berkata, keadaan menjadi agak kelam kabut memandangkan negeri itu kebiasaannya tidak terjejas apabila tibanya musim tengkujuh. “Kejadian banjir di Selangor agak mengejut kerana bagi negeri-negeri di pantai timur, segala persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh telah dilakukan lebih awal dan Selangor sebelum ini sangat jarang dinaiki air dengan teruk apabila tibanya monsun timur laut.

“Walaupun mengejut, kita tetap bersedia dan telah membuka sebanyak 45 PPS yang menempatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga. Sebanyak 453 aset kenderaan dan logistik daripada pelbagai agensi kerajaan juga telah digerakkan untuk membantu mangsa dengan kekuatan 2,817 anggota,” ujar beliau.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 5,731 buah PPS tersedia di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1,628,512 mangsa. “Mereka yang terkandas atau memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi hotline National Disaster Command Centre (NDCC) di talian 03 80642400,” katanya

Mereka tersadai dan tersekat, tanpa dapat bergerak ke mana-mana daripada pukul 4 petang semalam! Ini visual terbaru pukul 8 pagi ini, nak ke depan, ke belakang, u- turn semua tak boleh. Masing-masing keletihan, kelaparan, mengantuk, lunyai etc..Allahu..

PM akui keadaan banjir di Selangor kelam-kabut

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui situasi banjir di Selangor agak kelam-kabut pada musim tengkujuh yang jarang berlaku di negeri ini. Justeru katanya, sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka melibatkan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga.

Agong redah banjir tinjau situasi bencana

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meredah air banjir di sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, malam tadi ketika meninjau situasi banjir di ibu negara. Keberangkatan Seri Paduka bagi meninjau situasi banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat itu turut dirakamkan dan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara. Catatan itu menyatakan Seri Paduka telah berkenan turun dari kenderaan Baginda sewaktu hujan lebat di jalan susur menghala WTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi di sekitar kawasan tersebut.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca,” menurut catatan tersebut. Lembah Klang dilanda banjir menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara serta sejumlah pengguna jalan raya terkandas akibat laluan yang dinaiki air dan ditutup.

Selain Lembah Klang, banjir turut dilaporkan berlaku di Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan Terengganu. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua kementerian berkaitan menggerakkan aset ke kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat diselamatkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara dengan segera.

Sumber : Rose Merah

Tak Pasal Pasal Kena Selar Gara Gara Duk Nyanyi Bila Ramai Tengah Panik Situasi Banjir. Sekali Penyanyi Veteran Terkenal Ini Tampil Beri Respon.

Penyanyi legenda Zaiton Sameon antara individu yang terperangkap dalam kejadian banjir air pasang besar yang berlaku di Klang, Selangor. Berkongsi perkara terbabit, Zaiton, 64, memaklumkan kediaman keluarga adik angkatnya yang dikenali sebagai Ika di kawasan Kapar, Klang masih dalam keadaan berjaga-jaga.

“Saya berada di rumah adik angkat saya dan memang betul sekarang kawasan ini dilanda banjir. Setakat ini air sudah naik hingga paras lutut dan kami sekeluarga masih berwaspada dengan sebarang kebarangkalian. Semoga hujan reda dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Zaiton sempat berkongsi sepotong video dirinya berpayung sambil duduk di atas pelampung di perkarangan rumah. Menerusi video yang dimuat naik di TkT0k, pelbagai reaksi diterima daripada pengguna media sosial hingga ada yang terhibur dengan gelagat Zaiton yang turut menyunting video tersebut dengan lagu hit nyanyiannya, Kabut Serangkai Mawar.

Respon Zaiton Sameon 

“Ye ker ramai yang terhibur? Saya buat video itu saja-saja sebab tak boleh nak buat apa sebab tengah hujan,” respon Zaiton. Sehingga dimuat naik, sejak pukul 2 petang Ahad, video itu telah ditonton lebih 366,000 kali. Ramai yang berseloroh, menyifatkan Zaiton sedikit sebanyak melegakan perasaan resah orang ramai yang kini terjejas dengan kejadian banjir itu.

“Seronoknya nampak main-main banjir tu kan…Kreatif, ramai yang tergelak-gelak! Santai-santai Kak Eton main banjir ni. Hati-hati ya.Sempat pula buat video klip. Memang legend. Orang tengah pening banjir dia relaks je buat TlkT0k,” demikian tulis beberapa pengguna di TikTok.

Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak Sabtu telah menyebabkan keadaan di sekitar Klang bertambah buruk dan jurucakap Meteorologi Malaysia menjangkakan air pasang setinggi empat meter akan melanda perairan berkenaan. Sejumlah 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.

Semalam, sebanyak 20 kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang. Kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi. Sumber: GEMPAK

Ramai Terhibur Bila Pemuda Ini Ajuk Lagu Green Light Red Light. Siap Gunakan Suara Versi Artis Malaysia.

Dem4m ‘Squid Game’ nampaknya belum lagi reda dekat Malaysia. Kalau tengok di TikTok, memang ramai yang gunakan sound yang merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan dalam salah satu permainan dalam siri tersebut iaitu ‘Green Light Red Light’. Kalau sebelum ni, biasa kita jumpa video orang berhenti apabila lagu tersebut dinyanyikan, baru-baru ni, pengguna TikTok @amsyar_leee yang sebelum ini viral kerana telah men1ru suara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kali ini, Amsyar kembali menghiburkan dengan parodi ‘Green Light Red Light’ tetapi dengan menggunakan suara penyanyi terkenal di Malaysia! Setakat ini, video tersebut telah mendapat hampir 3 juta tontonan selain telah menerima lebih 300 ribu sukaan dan ribuan komen dari pengguna TikTok lain.

“Memang jadi weh”

Apa yang membuatkan ramai kagum dan terhibur adalah dia men1ru suara penyanyi wanita terkenal tanah air seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaezah dan lain-lain semestinya Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sekadar suara, tetapi sekali dengan gaya nyanyian dan lenggok suara. Dalam banyak-banyak, ramai boleh ‘relate’ dengan apa yang dilakukan Amsyar tersebut kerana suara dan gayanya boleh dikatakan agak sama, lebih-lebih lagi ketika dia men1ru gaya Elizabeth Tan. Memasuki ruangan komen, pastinya ramai yang memberikan pujian selain terpegun dengan bakat men1ru suara artis-artis tersebut.

Apa-apa pun part surat khabar lama tu kelakar okay!  Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous articleGadis akur perlu tingg4lkan kampus, 2 kali t4ngguh pengajian hanya kerana satu ‘benj0lan tak s4kit’ – “K4nser bukan tiket m4ti’’
Next articleMak mentua jadi ‘mastermind’ rancang kejvtan sampai menantu men4ngis macam budak kecil – “Saya tertanya kenapa mereka m3nyepi”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here