Home Petua Tips Main ‘sambar’ je motor Grab bawa pergi solat, bapa kena jawab banyak...

Main ‘sambar’ je motor Grab bawa pergi solat, bapa kena jawab banyak soalan di masjid… lucu tengok reaksi kawan-kawan

130
0

SEORANG lelaki dilihat kemas berbaju Melayu, berkain pelikat dan memakai kopiah sambil menaiki motosikal ‘penghantar makanan’.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila baju Melayu dan kain pelikat yang dipakai berwarna hijau sedondon dengan beg makanan di tempat duduk belakang motosikal.

Menerusi satu perkongsian video, lagaknya dilihat tak ubah seperti seorang tok imam atau ustaz. Tapi siapa gerangan lelaki itu sebenarnya?

Berkongsi cerita, individu yang membuat rakaman video itu, Nur Izzati Tanzizi berkata, lelaki berkenaan sebenarnya adalah bapanya yang berusia 61 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Gadis berusia 19 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa bapanya bukan penghantar makanan, sebaliknya adalah pesara tentera.

“Motor tu memang milik ayah, tapi beg makanan Grab tu pula saya punya. Saya kerja part time sebagai penghantar makanan.

“Secara kebetulan, masa tu motor saya rosak dan hantar ke bengkel untuk dibaiki. Sementara tunggu siap, saya pinjam motor ayah dulu,” katanya kepada mStar.

ayah bawa grab 2

Zati bekerja separuh masa sebagai penghantar makanan.

Lebih mesra disapa Zati, katanya, tengah hari itu dia pulang ke rumahnya di Taiping, Perak selepas membuat penghantaran sebelum menyambung tugasan di sebelah petang.

“Saya balik nak rehat sekejap. Ayah pula nak ke masjid untuk solat Zohor berjemaah. Dalam keadaan tergesa-gesa, ayah kelam-kabut guna motor untuk segera ke masjid.

“Tapi ayah lupa nak tanggalkan beg terlebih dahulu. Saya kemudian baru perasan beg tu ayah bawa sekali, dalam hati risau juga kalau hilang atau kena cvri,” ujarnya yang berasal dari Taiping.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, bapanya diajukan pelbagai soalan daripada beberapa kenalan di masjid gara-gara menunggang motosikal ‘penghantar makanan’.

ayah bawa grab 4

Bapa Zati merupakan pesara tentera.

“Pertama kali ayah bawa motor ada beg makanan tu ke masjid, mestilah orang-orang masjid tanya. Mereka tanya ayah buat part time Grab ke?

“Dengan baju Melayu dan kain pelikat hijau, semuanya hijau sudah tentu orang ingat ayah rider Grab. Tapi ayah jawab ‘bukan’ dan tergelak dapat reaksi macam tu,” tambahnya.

Ayah bukan tok imam, tapi ayah selalu naik motor ke masjid untuk solat berjemaah

NUR IZZATI TANZIZI

Zati yang merupakan pelajar Sijil Hiasan Dalaman di Institut Kemahiran Mara (IKM) di Lumut, Perak berkata, pakaian bapanya yang sedondon dengan beg makanan adalah satu kebetulan.

“Ayah bukan nak matching sama warna pun. Bila dah kalut tu, ayah tak fikir apa dah. Nak tanggalkan beg tu pun tak sempat walaupun kejap je sebenarnya.

“Tapi berguna juga beg tu sebab ayah simpan beberapa kertas seperti borang yang diambil dari masjid. Kalau letak kat bakul, nanti kertas-kertas tu terbang dek angin pula,” ujarnya yang juga melakukan bisnes choco jar dan gubahan bunga secara kecil-kecilan.

ayah bawa grab 3

Zati (kiri) bersama bapa.

Dalam pada itu, Zati memberitahu, dia meminjam motosikal bapanya selama beberapa hari sementara motosikalnya yang digunakan untuk menghantar makanan siap dibaiki.

“Ayah bukan tok imam, tapi ayah selalu naik motor ke masjid untuk solat berjemaah.

“Cuma sekali tu je ayah terbawa beg makanan sekali ke masjid yang cuma belakang rumah je, kalau naik motor dua minit sampai. Tapi masa tu ayah nak cepat kan.

“Selain motor, beg makanan tu ibarat ‘nyawa’ rider. Kalau tak ada beg macam mana nak buat penghantaran, kat mana nak letak makanan. Alhamdulillah selamat,” katanya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleAnzalna tak dikenali sebab bertudung?
Next article[VIDEO] Nak Balik Lewat Punya Pasal, Bapak R4suah Anak Supaya Jangan Bagitahu Mak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here