Pelakon veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah bersyukur apabila kesihatannya bertambah pulih
selepas disahkan menghidap k4nser r4him tahap satu sekitar tiga tahun lalu.
Menurut pelakon berusia 72 tahun itu, beliau kini sudah tidak berlakon lagi dan hanya berehat di rumah malah akur g4gal menebus barang kemas yang digadai bagi membiayai kos rawatan.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan peny4kit saya beransur baik.
Untuk berlakon, buat masa sekarang saya memang tiada tawaran.
“Jadi, bila dah tak kerja saya memang tak boleh nak tebus semula barang kemas sudah digadai itu kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan.
“Lagi pun dengan keadaan kesihatan saya yang sakit pastinya pihak produksi pun bimbang nak beri tawaran.
Mana tahu saya jatuh s4kit di lokasi. Malah, saya pun sebenarnya tak mahulah menyusahkan orang,” katanya.
Perlu melakukan pemeriksaan dua kali dalam sebulan, Mak Jah mengisi masanya dengan membuat aktiviti kebajikan malah tenang dan selesa selain tidak lagi memikirkan kerjaya seni.
“Setiap minggu saya akan ke beberapa surau di pusat membeli-belah atau kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi
menghantar telekung bersih dan mengambil yang k0tor dibawa balik ke rumah untuk dibasuh.
“Melakukan kerja amal ini sangat menenangkan jiwa saya walaupun hanya membersihkan kelengkapan untuk orang bersolat,” ujarnya.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman turut tampil meringankan beban dengan memberikan sedikit sumbangan yang diwakili anak sulungnya Ammar Ahyan.
Tonton vide0 penuh :
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro,TV Terlajak Laris Via ohmymedia.cc