Home Petua Tips “Malu Cakap Pelat-Pelat,” – Nabila Dan Sharnaaz Sepakat Didik Jebat Berbahasa Melayu...

“Malu Cakap Pelat-Pelat,” – Nabila Dan Sharnaaz Sepakat Didik Jebat Berbahasa Melayu Bukan Inggeris

92
0

Noor Nabila dan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad selesa mendidik anak mereka, Jebat Jayden untuk berbahasa Melayu sejak kecil.

Nabila kata zaman sekarang ramai ibu bapa menerapkan Bahasa Inggeris terhadap anak mereka walaupun bukan menetap di luar negara.

“Apabila jumpa orang Melayu yang memang muka Melayu (tak ada dar4h campuran) tapi cakap Melayu ada slanga atau tak fasih. Malah ada juga yang cakap pun bunyi pelat-pelat. Saya rasa sedih.

“Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Kalau bangsa Melayu tak fasih bertutur bahasa sendiri, apabila bergaul ia akan nampak pelik. Saya dan Sharnaaz sepakat dalam hal ini dalam memberi pended4han kepada Jebat,” katanya kepada Utusan.

Sebagai ibu, dia tak nak tengok perkara itu berlaku kepada Jebat.

Nabila mahu Jebat benar-benar fasih berbahasa Melayu namun ia akan dianggap bonus jika Jebat menguasai loghat Kelantan atau loghat Utara seperti bapanya juga.

Bercerita mengenai adiknya, Faliq menggunakan bahasa Melayu di rumah tetapi menunjukkan perubahan berbeza apabila mula memasuki fasa persekolahan.

“Faliq asyik berbahasa Inggeris sehinggakan kini dia tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu langsung.

“Kalau diikutkan, saya dan anggota keluarga lain semua guna bahasa Melayu saja di rumah.

“Jadi, saya tak nak Jebat jadi orang Melayu yang boleh berbahasa Inggeris tapi tak tahu berbahasa Melayu. Kalau dia sudah bersekolah nanti dia pandai belajar bahasa asing, tak apa. Tapi kena tahu bahasa Melayu.”

Sementara itu Nabila tak tolak rezeki anak dengan Engku Emran.

“Memang ada terfikir untuk tambah anak. Saya dan suami tak tolak rezeki malah kami juga sedang berusaha ke arah itu.”

Noor Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 namun pasangan itu bercer4i tiga tahun kemudian.

Noor Nabila kemudian sekali lagi bergelar isteri apabila diijabkabulkan pada 19 Mac tahun lalu dengan usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : slambermedia.bbn.my

Previous articleDulu Bud4k Nak4l- Su4mi TokTi Berterima Kasih Kepada Azizan Osman, Berjaya Ubah Asyraf
Next articleIman Troye terkeluar Masked Singer, “Suara sedap tapi…”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here