Home Petua Tips Mawar Rashid Sedih Tak Dapat Ikut Suami Tunai Umrah – “Anak-Anak Takde...

Mawar Rashid Sedih Tak Dapat Ikut Suami Tunai Umrah – “Anak-Anak Takde Orang Jaga..”

123
0

Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat mengikut suaminya, Raf Yaakob menunai ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Menurut Mawar, hal itu berikutan dia perlu menjaga anak-anaknya di rumah. Tambah pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 27, ini lagi, walaupun bersedih, dia tetap berasa gembira kerana mereka merancang untuk melakukan ibadah tersebut bersama seisi keluarga pada hujung tahun ini.

“Hantar my Raden love to KLIA2 for umrah at 12 midnight. Raya happy plus sedih tak dapat ikut. Cemburu sebab Raden dapat beramal bersama jemaah dan tok guru kami, Abuya.

“Tak dapat ikut sebab anak-anak takde orang jaga. Tapi happy sebab kami rancang untuk pergi sekeluarga akhir tahun ni.

“Selamat menunaikan umrah dan semoga dikurniakan umrah yang mabrur suamiku tercinta,” tulis Mawar di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)


Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu lagi, Mawar, bersama anak lelakinya menemani Raf sehingga ke pintu penerbangan.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar urusan ibadah Raf dipermudahkan dan giliran Mawar untuk menunaikan umrah termakbul.

Komen Netizen:

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan oleh pengikutnya. Sekadar info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Rafael, 4, dan Rosabella, 2 tahun .

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 9 dan Raysaa, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous article11 Tahun Berjuang Law4n K4nser, Elyana Akui Pernah Rasa Putus Asa – “Sebenarnya Saya Sudah Rasa HIlang Percaya Akan Sembuh…”
Next article“Jangan Keterlaluan Sangat…” – Ada Netizen Sampai Mimpi Tangmo, Ustaz Elyas Tegaskan Tak Boleh Ucap ‘Rest In Peace’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here