Dua bulan sudah berlalu sejak selebriti popular Noor Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz.
Namun dalam hidup berumah tangga, pasti ada cabaran tertentu yang dihadapi setiap pasangan suami isteri.
Pada 28 Mei 2021, akaun Instagram peminat Neelofa telah memuat naik satu sedutan video pasangan tersebut membuat sesi bersua bersama peminat secara siaran langsung.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: “Undang-Undang Kartun” Netizen Luah Rasa Berang Dengan Kenyataan PDRM Tentang Isu Ziarah Raya Neelofa
“Bila fans tanya, susah tak nak jaga Lofa ni Ustaz..
ustaz: Ada susah, ada senang ..tapi pengalaman yang adventures.
Lofa: Adjusting from single to married life is not easy but i tried my best utk taat kepada suami”
Melalui video tersebut, PU Riz menjawab soalan yang bertanya “susah tak nak jaga Lofa ni Ustaz?”
Beliau mendedahkan bahawa ada waktu susah dan senang dalam menjaga isterinya.
Apabia diminta untuk menghuraikan maksud ‘susah’, PU Riz berkata Neelofa ialah seorang wanita bekerjaya yang sudah lama berada di posisi ketua.
Perwatakan Neelofa itu membuatkan PU Riz merasa tidak mudah untuk memberi arahan kepada isterinya.
Namun pasangan berkenaan mengakui, mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu di alam perkahwinan.
Situasi yang dilalui mereka mungkin banyak juga dilalui oleh pasangan suami isteri yang lain.
Apa yang penting, mereka berusaha untuk saling memahami, dan Neelofa juga sedang belajar untuk melakukan yang terbaik untuk perkahwinan mereka.
Semoga kekuatan cinta pasangan ini dapat memberi kebahagiaan yang indah buat Neelofa dan PU Riz.
Sumber: Instagram Neelofa, PU Riz dan Neelofa Fans
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.dnq.pw/