Home Petua Tips Beri Alasan ‘awak dah tak menarik’ Slps kantoi bawa sk4ndal balik rumah,...

Beri Alasan ‘awak dah tak menarik’ Slps kantoi bawa sk4ndal balik rumah, Skali suami g1la bayang tengok isteri psang badan ketika proses cerai

232
0

Kan ada pepatah habis madu sepah dibuang.Tapi berhati hati Hukum dari Allah SWT yang sesiapapun tak boleh mengelak.

Kata-kata tersebut sesuai dengan kisah yang menimpa wanita ini apabila suaminya bertindak mencari kekasih lain kerana dirinya dilihat sudah tidak menarik seperti dahulu.

Menulis coretan di laman Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita ini berkata dia sama sekali tidak menyangka suaminya mengambil kesempatan ketika dia sibuk mencari rezaki bagi membantu keluarga.

Malah lebih tidak disangka, suaminya tergamak membawa wanita berkenaan pulang ke rumah di kala dirinya sibuk di tempat kerja.

“Saya ni bekerja sebagai jururawat. Biasalah kerja shift ni tak menentu. Kejap pagi, kejap petang, kejap malam. Masa saya shift malam, dia buat onar dengan perempuan lain. Saya ada anak kecil dua orang.

“Sanggup dia bawa perempuan lain depan anak-anak saya. Mula-mula saya macam syak je. Tapi masih nak bersangka baik dengan dia. Hati memang tak sedap… hati isteri kan. Jadi saya berdoa pada Allah minta petunjuk.

“Jadi suatu hari, dia bawa perempuan lagi ke rumah time saya tak ada. Mujur ada jiran saya call. Cakap ada nampak husband saya bawa perempuan lain masuk rumah. Saya dah menggigil. Bukan sekali dua, banyak kali dah!” tulisnya.

 

Hubungan wanita tersebut dan suaminya mulai dingin malah dia dapat merasakan perubahan sikap lelaki itu terhadap dirinya. Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, dia juga dapat merasakan perubahan sikap suaminya sejak kebelakangan ini yang sudah mulai dingin malah pernah membuatkan hatinya terguris apabila mengaitkan soal fizikal badannya yang tidak seperti dahulu.

Sungguhpun menyayangi rumah tangga serta kasihan dengan anak-anak, namun wanita tersebut nekad mahu berpisah kerana terlalu terluka.

“Saya buat keputusan minta cerai dengan dia. Hati saya dah tawar habis. Proses mahkamah biasalah ambil masa kan. Masa proses nak bercerai tu saya mulalah perbaiki diri saya.

“Mungkin betul juga suami pandang lain. Saya tak jaga diri, tak terurus. Mana tidaknya, sibuk kerja je sampai nak manjakan diri pun tak sempat. Bila dah single ni ada masa sikit. Jadi sempatlah saya mencantikkan diri, pergi salun, pergi gimnasium, ambil jamu,” kongsinya.

Tanpa disangka-sangka, menurut wanita berkenaan, bekas suaminya kembali menagih kasih ketika mana proses penceraian mereka belum selesai di mahkamah.

“Belum selesai kes penceraian, suami saya dah gila talak merayu nak kembali semula. Dia menyesal dengan apa dia buat. Masalahnya dia dah buat banyak kali, bukan sekali. Saya nekad jalan terus.

 

Wanita tersebut akhirnya nekad mahu berpisah dengan suaminya kerana serik dicurangi. Gambar hiasan

“Masa mula-mula kahwin terima seadanya, bila dah beranak pinak, dah bosan, mulalah keluar perkataan ‘tak menariklah’.

“Dari yang dia kata tak nampak menarik tu, terus transform jadi wanita yang cantik jelita. Saya dah hilang 19 kilogram tak sampai dua bulan. Sampai dia gila bayang balik.

“Sibuk terhegeh-hegeh nak saya balik. Memang tak la saya patah balik. Rasakan! Biar dia rasa apa yang saya rasa,” tulisnya lagi.

Sumber : mstar

Previous article“Sampai Saja Mereka Dah Tunggu Saya”. Rupanya Ebit Lew Sebak Sesampai Di Afrika Selatan.
Next articleKata Kata Paling Dinantikan Dari Panglima ATM Slps K0rea Utara Kata, ‘MaIaysia Akan Terima Akibat’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here