“Kita dah buat salah, dah langgar prosedur operasi standard (SOP), mengaku dan bayar denda,”.
Demikian kata pengurus kepada Datuk Awie, Mubarak Akhtar berhubung isu perlanggaran SOP yang berlaku dalam sebuah acara yang berlangsung pada 30 April lalu di Melaka.
Dalam rakaman suara yang dihantar kepada media, Mubarak berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada komuniti penarik beca yang hadir supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau rakaman di media sosial membabitkan Datuk Awie yang hadir di situ.
“Ini semua benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Ini misi bantuan dengan penarik beca. Mereka minta Awie menyanyi, tapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi, kami pasang video muzik saja di depan.
“Kemudian, Awie bangun dan berada di mejanya. Penarik beca kemudian menyerbu. Semuanya masih lagi okay apabila pengacara majlis meminta supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau rakaman.
“Penarik beca tak ada seorang pun yang memuat naik. Tapi, yang muat naik, orang lain. Dialah yang buat semua benda ini berlaku,” katanya.
Memetik laporan portal Melaka Hari Ini, penganjur program dan Awie akan dipanggil merakam keterangan dalam masa terdekat.
Isu ini timbul selepas video pendek berdurasi 42 saat memaparkan Awie yang berada dalam satu majlis keramaian tidak mengenakan pelitup mulut, tular di media sosial.
Harian Metro cuba menghubungi Awie, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.
Berikut pula reaksi dari netizan
“Telefon bimbit dan media sosial berpisah tiada, yg muda belia dan tua bangka semua ada account facebook dan group whatsapp. Tak sah jari jemari melekat di tangan kalau tak upload sesuatu dalam media sosial.
” Sebab tu mereka golongan atas langit ni tak takut nak langgar SOP. Mereka yakin kena kompoun je dan jumlah kompoun tu mereka mampu bayar atau ada orang nak bayar..jadi kalau boleh jangan kompoun .terus bawa tindakan ke mahkamah..nanti mahkamah golongan2 sombong mcm ni jangan bagi denda. Jatuhkan hukuman penj4ra.kena 2-3 hari pun cukup dah sbgai pengajaran
“Zaman sekarang ni samada sedar atau tidak,tabiat suka merakam dan seangkatan dgn nya akhirnya hanya membawa benc4na kpd diri sendiri dan rakan2.”
Sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos lalu, dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda RM1,000 jika tidak mematuhinya, timbul juga tanda tanya khusus tentang lokasi dan situasi tertentu.
Dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin (3 Ogos), sedikit sebanyak persoalan berkenaan diperincikan.
Ismail Sabri memberitahu, bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.
“Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak,” jelas beliau.
Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.
Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://trendingsangat.pw/