Hanya disebabkan komen yang ditinggalkan itu tidak jelas ayatnya, pelakon Mawar Rashid turut dikecam hebat oleh warganet berkaitan isu pelanggaran SOP yang dilakukan oleh Noor Neelofa.
Pada 20 Mei lalu, Mawar telah memberi respond tentang isu netizen mahukan Neelofa dipenjara atas empat kesalahan pelanggaran SOP yang dilakukan olehnya bersama suami dan keluarga.
Malah disebabkan komen tersebut, ramai berasa terkejut dengan kecewa dengan apa yang ditulis oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.
Jadi disebabkan itu, Mawar sekali lagi tampil menjelaskan isu berkenaan dan memohon maaf atas salah faham yang terjadi.
“Bertenang semua.. ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua marah and serang Mawar. Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar.”
“Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar respect keputusan mahkamah. Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa takut lah.”
Walaubagaimanapun, Mawar tetap mengakui bahawa setiap kesalahan perlu dikenakan tindakan.
Namun hasil tinjauan, Mawar telah menutup ruangan komen pada posting tersebut kerana tetap ada yang bersuara mengenai kesilapan yang dilakukan olehnya walaupun sudah memohon maaf.
Bukan apa, netizen sekarang ni tengah marah dengan Neelofa jadi diharapkan selebriti lain jangan lah masuk campur untuk menenangkan keadaan atau apa sahaja, risau kalau jadi macam kes Mawar ni pula.
Sumber foto: Instagram Mawar Rashid
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.hotfm.com.my/