Home Petua Tips Menitik air mata jant4n aku lepas tengok anak Amin Idris buat kejvtan...

Menitik air mata jant4n aku lepas tengok anak Amin Idris buat kejvtan video call ketika live

84
0

Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai program menarik yang bersiaran di televisyen. Antaranya ialah program Borak Dulu #baruberbuka yang bersiaran secara langsung di RTM jam 7 malam.

Amin Idris telah bertindak sebagai pengacara dan program kendaliannya itu telah mengundang beberapa selebriti jemputan untuk sama-sama bertukar pandangan.

Namun, menerusi satu video yang tul4r di media sosial mengenai sedutan siaran langsung Borak Dulu #barubuka benar-benar menyentuh hati warganet apabila pengacaranya, Amin Idris menitiskan air mata apabila menerima kejutan.

Pada awalnya, pihak studio memaklumkan menerima panggilan dari seseorang bernama Wardah. Ketika Amin memberikan salam, ia dijawab dengan “Daddy apa khabar? Daddy rindu akak tak?” sehingga pengacara tersebut bingung.

Keadaan talian yang agak terganggu itu membuatkan Amin tertanya-tanya perihal soalan yang diajukan sebelum dia menyedari pemanggil tersebut adalah anaknya yang berada di sekolah berasrama.

Selepas beberapa ketika, dia juga menitiskan air mata dan anaknya yang dikenali sebagai  Qistina  turut terdiam seribu bahasa serta hanya mampu men4ngis merindui bapanya.

Link video : tiktok

Amin Idris juga sempat memuat naik momen hiba itu di ruangan Instagramnya dengan mengakui langsung tidak menyangka bahawa panggilan itu dari anaknya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kejvtan yang bermakna buat dirinya kerana dia memang merindui Qistina yang kini tinggal di asrama.

Melihat daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai faham kenapa panggilan berkenaan sedikit delay kerana Amin Idris tidak memandang monitor dan baru menyedari pemanggil itu anaknya setelah menjeleng sedikit monitor ditepi.

Sehubungan dengan itu, ramai yang turut sama menitiskan air mata melihat situasi sebak antara anak dan ayah yang berlaku secara sp0ntan. ada diantara mereka juga turut mengalami perkara sama apabila terpisah dengan anak-anak yang belajar jauh dari rumah.

Sumber: RTM Malaysia, Amin Idris

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.viralmy.me/

Previous articleWalaupun Dikomp4un Kerana Langg4r SOP, Hafiz Mahamad Tetap Bahagiakan Pekerja Dengan Pemberian Bonus
Next article“You Guys Make Bata Looks So Classy..” – Wargamaya Memuji Fattzura Menaikkan Standard Bata

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here