Umum mengetahui yang pelakon berbakat besar, Raja Ilya kini menetap di Perth, Australia selepas mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwanya, Trent Garret.
Sungguhpun sudah berhijrah ke bumi asing dan menetap di sana sejak beberapa tahun lalu, namun, jati diri dan cara hidup Asia yang ada dalam diri Raja Ilya masih utuh tersemat.
Hal itu dapat dilihat menerusi perkongsian terkininya menerusi Instagram baru-baru ini.
Pelakon filem KL Vampires itu memuat naik sepotong video yang memaparkan dia dan suaminya yang sedang mempersiapkan menu jamuan sempena Indian Day.
Pelbagai juadah disediakan oleh mereka termasuklah hidangan nasi biryani. Satu hal menarik yang turut dikongsikan Raja Ilya adalah bagaimana Trent agak terkejut apabila dia menggunakan tangan untuk menikm4ti hidangan yang telah disediakan.
“Makan pakai tangan dan suap pakai tangan! Terkejut Trent! Mereka tak tahu nikmat suap pakai tangan ni lain macam. “Ada baby nanti nak kena ajar pakai tangan, keep the tradition.
View this post on Instagram
Lantaklah orang nak kata ‘ewwww’ ke apa,” tulisnya di Instagram. Dalam pada itu, Raja Ilya turut menerangkan yang sewaktu dia masih kecil, suasana persekitarannya lebih India berbanding Melayu.
“Honestly Ilya grew up as a kid more to Indian than Melayu tau. Sebab surrounding and culture, not only that my mum side memang kuat darah Malyalam, datuk dan nenek semua fasih Tamil, Hindi dan Malayalam.
Komen Netizen:
“Jadi terikut-ikut sampai sekarang ni. I just love the tradition and culture and without doubt kita orang akan ajar our children the same tradition Melayu dan India, kasi mix and keep it run in the family.
Tak mahu seratus peratus mat salleh sangat,” katanya. Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama Trent Garret dari Australia, pada 23 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/