Home Petua Tips Sy Nak Minta Tlg Akak,Demi Allah Sy Ta Tipu Akak.Gadis Minta RM30...

Sy Nak Minta Tlg Akak,Demi Allah Sy Ta Tipu Akak.Gadis Minta RM30 Nak Beli Susu Adik

273
0

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan, ada yang diuji dengan kekurangan wang ringgit, kehilangan orang yang tersayang dan banyak lagi. Namun, kita sebagai hambaNya perlu meneruskan kehidupan seharian dan sama sekali tidak boleh berputus asa.

Seperti thread yang dikongsi oleh seorang wanita di laman Twitter, dikenali sebagai Atyn.J, menceritakan pengalamannya menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali yang meminta bantuan wang kepadanya. Lagi menyedihkan, apabila wang tersebut diminta bagi digunakan untuk menampung keperluan keluarganya.

Saya nak minta tolong kak

Menerusi mesej tersebut, gadis itu meminta bantuan dari segi wang ringgit demi membeli susu buat adiknya. Jelas gadis itu lagi, niatnya adalah jujur dan tidak berniat untuk sama sekali mengambil kesempatan terhadap kebaikan wanita ini.

Lagi menyedihkan, apabila jumlah wang yang diminta hanya sekadar cukup-cukup untuk membeli susu bukannya bagi membeli barangan lain.

Adik ada penyakit kulit

Tidak berakhir di situ, gadis itu turut menghantar beberapa keping foto kepada wanita itu menunjukkan adiknya mempunyai masalah kulit yang agak teruk. Jika dilihat menerusi foto tersebut, jelas kelihatan kulit adiknya yang sedang merekah dan kering.

Gadis itu juga berulang kali, menyatakan dia sama sekali tidak berbohong ada apa yang diceritakan adalah benar. Perkara tersebut secara tidak langsung menguatkan lagi teori, keluarga itu berdepan dengan masalah kewangan.

Dah beli susu

 

Selepas membeli susu, gadis ini juga sempat memberitahu dan menghantar bukti kepada wanita ini bahawa dia sudah membeli susu buat adiknya. Difahamkan, gadis ini menjual kek bagi menampung perbelanjaan harian dan bapanya bekerja sebagai petani.

Thread tersebut telah berjaya meraih hampir 1.1k tanda retweet dan 749 tanda suka. Kita doakan supaya keluarga adik ini terus dimurahkan rezeki.

Sumber : ohbulan

Previous articleMurid Minta Sdekah di Jalanan Jujur Mengaku Ibu Dan Pakwe Ibu Yg Suruh. Sekali Cikgu Ini Pergi Hadap
Next article“Guna Plastik Ganti Pampers Kerana Tak Ada Wang” kisah Fakhrul jaga ibu lumpvh buat ramai sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here