Home Petua Tips “Moga Allah Kurniakan Seseorang Yang Mampu Bahagiakan Daddy…,” – Ucap Kata Shakilla...

“Moga Allah Kurniakan Seseorang Yang Mampu Bahagiakan Daddy…,” – Ucap Kata Shakilla Khoriri Sempena ‘Bday’ Fizi Ali Bikin Ramai Tersentuh

85
0

Tanggal 15 April yang lalu, maka genaplah usia pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali yang ke-33 tahun.

Bersempena hari isterimewa tersebut, bekas isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri telah menitipkan ucapan penuh makna bagi mewakili dirinya dan juga anaknya.

Menurut Shakilla, dia amat berterima kasih kepada Fizi kerana telah menjadi bapa yang terbaik buat anak mereka, Ameena Sofia selama ini.

“Terima Kasih kerana jadi Daddy Ameena Sofia yang terbaik. Yang sayangkan Ameena tanpa ada batasan dan halangan (insyallah).

“Walau jauh dan tak hari-hari bersama Ameena tapi insyallah Daddy sentiasa ada tempat dalam hati Ameena.

“Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu. Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan. Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki,” tulisnya.

Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Pada masa sama, Shakilla turut mendoakan semoga Fizi sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang di dalam hidupnya.

“Tahun ni mungkin sukar buat Daddy tapi insyallah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ni.

Mungkin juga tahun yang special untuk daddy dengan orang-orang yang special.

“Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ni dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup daddy.

“Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa daddy. Semoga Allah campak sedikit hidayah buat daddy untuk terus jadi Daddy, Anak,Lelaki dan insyallah manusia yang lebih baik,” titipnya lagi.


Katanya lagi, meskipun dia dan Ameena bukan lagi menjadi individu terawal yang menitipkan ucapan hari lahir, namun dia menyifatkan Fizi akan sentiasa menjadi memori terindah di dalam hidup mereka dan akan dikenang sampai bila-bila.

“Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka pada daddy supaya daddy dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

Insyallah.

“Semoga yang baik-baik je untuk daddy. Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada NOTA kaki dalam Instagram ni yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Our Ameena bila dia dah besar nanti.

“Daddy, lelaki dan Ayah yang terbaik. Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga. Insyallah. Dont be sad but Enjoy your day with your loved one,” akhirinya.

Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.

Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk berc3rai dan membawa haluan masing-masing.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous articleAlyah Kec3wa Tak Dapat 30 Pasang Baju Raya, Tok Ram Bagi 3 Je!
Next articleSempat Blushing, Gadis Sindr0m Down Terus Tarik Tangan & Dakap ‘Klon’ Jimin BTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here