Home Petua Tips Kena ‘ped4jal’ dengan ahli group Whatsapp, individu yang tular ni mohon...

Kena ‘ped4jal’ dengan ahli group Whatsapp, individu yang tular ni mohon maaf

352
0

Semalam, tular gambar seorang lelaki bersama keluarganya mengaku telah balik ke Kuala Lumpur dengan memberi ‘tips’ untuk melepasi sekatan jalan raya.

Tindakan itu telah membuatkan dirinya dikecm tervk netizen yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan memperlekehkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Malah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai agar tidak berbangga seolah-olah menjadi hero ketika melakukan kes4lahan.

Sebentar tadi, individu tersebut telah memuatnaik kenyataan maaf di Facebook miliknya.

Katanya, dia hanya bergurau di dalam group Whatsapp dan tidak menyangka ada ahli kumpulannya yang menyebarkan gambar itu di media sosial.

 

Gurauan membawa padah

Pagi tadi bangun dari tidur dikejutkan dengan soalan bertubi-tubi dari rakan saya “Apa cerita bro, viral habis dah ni…”

Menggelabah saya, blur dengan apa yang tengah berlaku.
Buka je Facebook, Allahuakhbar siapa pulak sebar gambar aku dengan family ni.

Pertama-tamanya, saya selaku empunya gambar yang sedang viral sekarang ingin memohon maaf atas isu tersebut yang saya pasti telah banyak timbulkan salah faham dan amar4h netizen sekalian.

Hakikatnya, saya membawa anak dan isteri untuk ke klinik bagi pemeriksaan bulanan dan imunisasi bayi kami yang wajib berumur 3 bulan. Sementara tiada sesiapa yang boleh jaga dua lagi anak kami yang masih kecil dan dalam fasa melasak.

Untuk pengetahuan, radius kawasan kami tinggal dan klinik yang kami kunjungi adalah dalam 10km sahaja. Saya dan anak yang lain hanya menunggu di dalam kereta sementara isteri saya membawa bayi kami untuk pemeriksaan.
Berat ujian kami bila diviralkan tanpa fakta dan disalah erti.

Tak berniat perlekehkan tanggungjawab frontliner

Petikan tersebut tidak sesekali berniat untuk memperlekehkan mahupun memandang rendah tanggungjawab dan tugasan PDRM, ATM, frontliners, dan seluruh ahli yang terlibat bertungkus-lumus menyelamatkan dan melindungi kita rakyat Malaysia.

Niat saya post dalam group Whatsapp hanyalah sekadar borak antara rakan-rakan di dalam Whatsapp group, dan tidak sangka ada individu yang menyebarkan gambar saya dan keluarga malahan mengambil paparan skrin profil Facebook saya tanpa izin, dimana itu telah melanggar hak privasi saya.

Saya telah pun ke balai polis bagi membuat laporan beserta bukti Whatsapp yang telah disalah ertikan, dan akan segera memohon maaf kepada pihak PDRM, ATM, SKMM, frontliners diatas isu yang mungkin mengguris hati mereka.

Disaat negara kita dilanda ujian C0VID19 ni dan ramai antara kita yang turut terkesan, usahlah kita menambah minyak pada api yang tengah membakar. Semua orang sedang berada dalam situasi sensitif sekarang ini.

Kita boleh jadikannya lebih baik. Kita jaga kita kan. Mari kita berdoa untuk situasi yang lebih baik dan hentikanlah sebar cerita yang tak sahih.

Maafkan saya Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : chempedakcheese

Previous articleTeruja surat dibalas Dr Noor Hisham, Lara Khadijah mahu ‘frame’ sebagai kenangan
Next article‘Nak Tamatkan PKP,Kita Perlu Lihat Beberapa Petanda Sebelum Ia Berakhir’ – Dr Noor Hisham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here