Home Petua Tips Mulanya tak rancang, Reen Rahim terbuka hati saat akhir ikut ibu bapa...

Mulanya tak rancang, Reen Rahim terbuka hati saat akhir ikut ibu bapa tunai umrah… Doa dapat beri keluarga hidup senang

115
0

PELUANG berada di Tanah Suci mengerjakan ibadah umrah dimanfaat sebaik mungkin pelakon Reen Rahim untuk memohon doa agar sentiasa dilimpahkan rezeki.

Kata Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, dia berhasrat suatu hari nanti ibu bapanya dapat hidup senang dengan hasil titik peluhnya sendiri.

“Semestinya saya minta pada Allah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

“Jika terus diberikan rezeki yang banyak, saya mahu bantu ibu bapa dan mereka boleh berehat jadi bos di rumah.

“Biarlah ibu bapa saya dapat merasa hidup yang lebih senang selepas ini,” katanya kepada mStar.

Reen terbuka hati ke Tanah Suci bersama ibu dan bapanyaReen terbuka hati tunai umrah.

Reen yang berangkat ke sana pada 4 Mac lalu juga tidak sangka dirinya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali bersama kedua ibu bapa.

Menurut Reen, niat asal hanya untuk menghantar ibu bapa sahaja, namun di saat akhir hatinya terbuka untuk turut ikut sama dan segala urusan dipermudahkan.

Bagi saya jika berkemampuan tidak salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan ibu bapa kerana kita faham faktor usia mereka

REEN RAHIM

PELAKON

“Perancangan Allah itu sangat hebat.

“Tiba-tiba saya terdetik sekali untuk ikut sama mengerjakan umrah dan Tuhan telah susun gerak hati saya dengan baik.

“Kebetulan saya juga cuti panjang dan semestinya sangat gembira apabila dapat mengerjakan umrah buat pertama kali bersama ibu dan bapa,” ujarnya.

Sementara itu Reen turut menitipkan nasihat buat peminat agar tidak terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi menghantar ibu bapa ke Tanah Suci.

reen rahim 2

Reen tidak kisah berbelanja untuk kegembiraan orang tua.

Dia turut menzahirkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan sebuah agensi yang memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang di sana.

“Saya terjumpa sebuah agensi yang membawa jemaah umrah dan terus menghubungi mereka. Kalau ikutkan dari segi follower di Instagram mereka tidaklah terlalu banyak.

“Tetapi hati saya sangat yakin dan syukur mereka memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang berada di sini.

“Bagi saya jika berkemampuan tidak salah berbelanja lebih sedikit untuk keselesaan ibu bapa kerana kita faham faktor usia mereka.

“Jadi carilah agensi yang betul-betul menawarkan perkhidmatan terbaik untuk ibu bapa,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleHampir 50 hari tanpa berita, wanita hilang punca fikirkan nasib adik hid4p skiz0frenia selepas ke ladang kelapa sawit… ris4u j4tuh ke tangan orang tak baik
Next article“If Tak Kuat Jangan Teruskan, You Akan S4kit,” – Berk0rban Waktu Sejak Sekolah, Sweet Qismina Syukur Puas Genggam Ijazah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here