ARWH PERNAH BERNIAT NAK BANTU MADRASAH SAYA
“Seawal pagi saya telah pergi ke Masjid Ukay Perdana untuk menziarahi jenazh Almarhvm Jamal Arif Rosman sahabat saya yang telah kembali ke-Rahmatullah petang semalam.
Saya sempat solatkan jenzah dan bertemu ibu dan ayah arwh untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga mereka.
Ahli keluarga arwh
“Ini ke ustaz yang ada madrasah tu?” Kata ibu arwh kepada saya.
“Ya makcik. Saya kenal arwah dari sekolah lagi.”
“Arwah pernah cerita pada makcik niatnya nak bantu menyumbang untuk madrasah ustaz.
Tapi hajat dia tak sampai. Insya’Allah, nanti makcik usahakan untuk tunaikan hajat arwh.” Jelas ibunya dengan sebak.
“Tak apa makcik. Niat arwh pun dah dapat pahala, insya’Allah.”
Dia dah lama sakit. Sekarang masanya untuk berehat. Kita doakan arwh tenang di sana.” Pujuk saya pada ibunya.
Ayah arwah memaklumkan jenzah anaknya itu akan disolatkan pada jam 10:00 pagi kerana menunggu pusranya siap digali.
Oleh kerana pagi ini kami ada tiga kes lagi untuk diuruskan, Saya terpaksa untuk solat jenzah lebih awal dan tidak sempat untuk menghadiri majlis pengebvmiannya.
Semoga r0h Almarhum Jamal Arif Rosman ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Aamiin.
Salam takziah buat ahli keluarga dan sahabat handainya.
Sumber : fb skuad pengurusan jenazh