Soalan cepumas seperti ‘Bila nak kahwin?’ dan ‘Single lagi ke?’ mungkin selalu ditanya pada golongan bujang terutama sekali semasa musim perayaan ketika ahli keluarga berkumpul bersama. Korang pernah kena soalan ni? Kalau pernah, apa jawapan standard korang?
Bercakap mengenai soalan cepumas ni, ada satu trend yang tengah viral sekarang ni di TikTok dimana ada individu yang mempromosikan diri mereka untuk disewa semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Valentine’s Day yang bakal menjelang tak lama lagi. Ada salah satu iklan ni siap tawarkan pakej melawat saudara-mara lagi supaya mereka berhenti tanya korang bila nak berumah tangga!
Portal mothership melaporkan, pakej sewaan ‘kekasih’ terbabit bermula dengan harga serendah S$50 (RM155) yang menawarkan perkhidmatan menghantar sarapan pagi McDonald’s di atas katil. Kalau ada duit lebih, boleh lah sewa ‘kekasih’ dengan harga S$5,000 (RM15,566) dimana servis yang ditawarkan adalah meyakinkan ibu korang yang korang akhirnya dah jumpa pasangan bukan toks1k.
Menurut seorang pengguna TikTok yang menawarkan pakej sewaan terbabit, dengan harga S$2,000 (RM6,226), Tiktokers terbabit akan secara rasminya akan menjadi kekasih sebenar individu yang menyewanya dan akan mewar-warkan hubungan terbabit di laman Instagramnya.
Seorang TikTokers lain pula menawarkan pakej sewaan S$50 (RM155) sehari dimana untuk tempoh itu, dia akan berlakon sebagai kekasih klien, memandu klien ke rumah saudara-mara sempena Tahun Baru Cina dan juga menyertai permainan seperti mahjong, blackjack dan poker.
Ada juga TikTokers yang mengenakan caj tambahan sekiranya klien mahu mereka mengekalkan lakonan terbabit selama satu minggu.
Sumber: Mothership
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/