Home Petua Tips ‘Tak Sangka’ 6 Pasangan Ini Pernah ‘BergoIak’ Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi...

‘Tak Sangka’ 6 Pasangan Ini Pernah ‘BergoIak’ Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi Anak Tapi Yg Ke 2 Tu Sungguh Ta Sangka

225
0

Memang sudah menjadi lumrah setiap pasangan berkahwin mahu kekal hingga akhir hayat.

Namun soal jodoh, walau sekuat mana kita cuba pertahankan, jika sudah ditakdirkan jodoh tidak berpanjangan maka perc3raian jadi pilihan.

Bagaimanapun perc3raian tidak seharusnya menjadi alasan kepada ibu bapa yang berpisah untuk mengabaikan tanggung jawab terhadap anak-anak.

Hal sama juga yang dilalui 6 pasangan selebriti ini yang pernah berdepan situasi sama, namun kerana kasih kepada anak-anak mereka kekal berdamai.

6 Aliff Aziz dan Bella Astillah

Kisah rumah tangga pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah pernah mencuri perhatian ramai pada 2017.

Selepas melalui beberapa episod kntroversi, Aliff yang mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 kemudian berc3rai dengan talak satu pada Mei 2019.

Begitupun, hubungan mereka kembali terjalin apabila Aliff dikatakan merujuk semula dengan Bella ketika isterinya masih dalam tempoh idah.

Bahkan, apa yang lebih mengejutkan, pengumuman itu dibuat Bella selepas dirinya hamil anak kedua.

Apapun, kata Bella apa yang dilakukannya itu demi kebahagian anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 3.

5 Fizo Omar dan Mawar

Perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Abd Karim pada Julai 2019 paling mengejutkan. Tiada angin tiada ribut, malah mereka sering dilihat sebagai pasangan ideal.

Fizo pernah mengatakan dia masih menyayangi Mawar ketika talak dilafazkan.

Bagaimanapun punca perpisahan mereka tidak dinyatakan, masing-masing mengunci mulut.

Fizo juga akui tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan isteri, Mawar Abdul Karim demi anaknya, Wan Maryam.

4 Norman Hakim dan Abby Abadi

Sekitar 2008, kisah rumah tangga mereka boleh dikatakan agak dramatik. Pelbagai cerita timbul  sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Begitupun, siapa sangka perpisahan sebagai suami isteri itulah yang membuatkan mereka kini saling berkongsi rasa bahagia dalam satu keluarga yang lebih besar biarpun masing-masing sudah mempunyai pasangan baru tersendiri.

Bahkan, ramai yang ‘cemburu’ melihat kebahagiaan yang sering ditonjolkan mereka di media sosial.

Baik keluarga Norman atau Abby, mereka mampu berkumpul beramai-ramai dengan pasangan masing-masing dan menghabiskan masa dengan anak-anak bersama-sama.

Sifat tanggungjawab yang ditunjukkan Norman sebagai bapa kepada tiga orang anaknya hasil perkongsian hidup dengan Abby itulah yang menjadi contoh terbaik..

3 Fasha Sandha dan Jejai

Biarpun Fasha Sandha kini sudah berkahwin lain selepas berpisah dengan bekas suaminya Jejai pada Januari 2016, hubungan mereka masih lagi baik.

Bahkan, setiap kali tiba perayaan, ada waktunya, anak-anak mereka, Putra Rayfal, 6 dan Putri Raysha Jemyma, 5 akan menyambut raya bersama bapa mereka secara bergilir-gilir.

Bahkan, video gurauan mereka yang pernah menggunakan kata ganti diri ‘duda’ dan ‘janda’ pernah mencuri tumpuan.
Fasha kini sedang menanti kehadiran cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz pada Mac 2019.

2 Sharnaaz dan Nabila

Kisah pergolakan rumah tangga pelakon Sharnaaz dan Nabila mula diperkatakan sejak Januari 2019.
Kemuncaknya apabila pada Ogos tahun yang sama, Nabila mengesahkan sudah memfailkan permohonan c3rai dengan Sharnaaz.

Biarpun proses perc3raian itu masih lagi belum diputuskan, hubungan mereka berdua masih kekal baik.

Maka, tidak hairanlah apabila Sharnaaz sering dilihat berkunjung ke rumah Nabila untuk meluangkan masa bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

1 Adira dan Datuk Red

Pada Oktober 2019, penyanyi Adira pernah memfailkan permohonan c3rai dengan suaminya, Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.

Begitupun sebulan kemudian, Adira mengakui menarik semula permohonan tersebut selepas mengambil kira kebahagiaan anak-anak.

Katanya dia tidak mahu menjadi ibu yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak.

Adira yang bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua itu dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, Asan dan Anggun.

Sumber : limauais

Previous articleBila Dr Zulkifli Beri Lesen Penuh Pd JAWI,Aktivis Tr4nsgender Nisya Ayub Tampil Bersuara
Next article‘Akhirnya’ Dari pondok buruk ke rumah flat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here