Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi turut dirasai penduduk di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Selebriti terkenal Noor Neelofa berkongsi pengalaman dia merasai geg4ran pada pukul 9.40 pagi. Cerita detik cemas, Neelofa, 33, menyatakan ketika kejadian dia berada di bilik anak lelakinya, Muhammad Bilal sedang merakam foto.
Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, pada mulanya beranggapan gegaran yang dirasai itu berpunca dia kurang tidur kerana menjaga Bilal.
Tengah dok beria ambik gambar ni, tiba-tiba rasa bilik baby goyang. Ingatkan sebab tak cukup tidur.
Campak telefon bimbit
Namun, timbul perasaan takut selepas gegaran kedua berlaku membuatkan bekas hos MeleTOP terus keluar mencari suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.
Kali kedua rasa, terus campak phone keluar cari pak ustaz.
Usahawan terkenal itu berkongsi di Instagram Stories miliknya beserta gambar Bilal yang diambil ketika kejadian.
View this post on Instagram
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengesahkan g3mpa bumi itu dalam satu kenyataan di Facebook.
Ia berlaku pada 0.2 darjah utara dan 100.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). Bagaimanapun, tiada ancaman tsvnami dilaporkan.
Sumber:Instagram @neelofa via Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.dnq.pw/