PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi Khamis.
PU Riz yang berdepan dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kes.
Manakala, Neelofa pula dikenakan ikat jamin RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepadanya.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar