Baru-baru ini, tular satu kontroversi tentang pasangan selebriti terkenal Neelofa dan PU Riz merentas negeri ke Negeri Sembilan untuk membeli karpet.
Seperti ramai tahu, sebelum ini Neelofa dik3cam netizen kerana didapati bersalah melanggar SOP dan merentas negeri ke langkawi.
Ibarat mencurah air ke daun keladi, walaupun telah dikenakan kompaun, kali ini timbul lagi berita yang sama cuma di destinasi berbeza, iaitu di Nilai, Negeri Sembilan.
Malah, tempias itu turut terkena pada suaminya, di mana netizen menvduh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tidak berperanan sebagai seorang suami.
Berikutan itu, suami kepada pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu, teruk dih3ntam oleh netizen di laman sosial Twitter dan dikatakan tidak reti mendidik dan menegvr isterinya.
Suami kena main peranan
Tambahan lagi, apabila perbuatan yang dilakukan isterinya itu bukan sekali tetapi berulang kali. Berikut adalah beberapa ciapan tular di Twitter memberi k0men terhadap PU Riz:
Teringin ada tahap sabar tinggi macam PU Riz
Beras memang Hajjah yang beli..Kalau tegur nanti isteri merajvk
Mana boleh ingk4r, nanti kena m4ki berjemaah
Suami kena ikut cakap isteri
Terdahulu, tular gambar PU Riz dan isterinya sedang berada di sebuah kedai karpet di Nilai.
Sehubungan itu, ramai netizen menvduh Neelofa sengaja menunjuk gambar tersebut demi mencari perhatian dan menc4bar kuasa pihak berkuasa.
Neelofa, suami beri keterangan 4 jam
Nilai: Selebriti, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau atau PU Riz memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai selama empat jam bermula 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, keterangan itu berkaitan penularan gambar dan video di media sosial berkaitan pasangan terbabit yang berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, di sini.
“Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet turut dirakamkan.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya selepas beberapa tindakan dikemas kini.
“Polis menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan fakta isu ini dan terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Neelofa terpalit sekali lagi dengan kontroversi apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke sini Ahad lalu.
Spekulasi itu menjadi tular apabila Neelofa bersama PU Riz dikatakan memuat naik gambar dan video ketika berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai berlokasi di Nilai sebelum bertindak memadamkannya.
Tindakan itu terus mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan mengapa selebriti itu melakukan kesalahan sama berulang kali walaupun sudah meminta maaf.
Sebelum ini, Neelofa tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dakwaan melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama PU Riz.
Dalam pada itu, Mohd Fazley berkata, siasatan terhadap pasangan terbabit akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Mereka juga akan disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, usaha pihak media untuk memperoleh gambar dan video Neelofa keluar daripada IPD Nilai sejak petang tadi tidak berhasil apabila dia tidak kelihatan kelibat selebriti itu keluar dari situ.
Difahamkan, Neelofa dan suaminya hadir dan pulang dari IPD Nilai dengan menaiki kereta Toyota Vellfire.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/