Home Petua Tips Selepas R0hingya Kini 50 bot nelayan Vietnam Pula cer0boh perairan Malaysia

Selepas R0hingya Kini 50 bot nelayan Vietnam Pula cer0boh perairan Malaysia

293
0

Nampaknya negara kita sudah menjadi satu tempat tarikan yang istimewa bagi sesetengah pihak seperti yang
tvlar sekarang iaitu orang orang Rohingya.Kemungkinan negara kita banyak tempat yang mudah untuk mendarat
dan disini mudah mencari rezeki.

Selain Rohingya ada juga para para nelayan asing yang menceroboh masuk perairan Malaysia seperti nelayan
Vietnam yang berjaya dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu.

Mereka telah mengusir keluar sebanyak 50 buah bot nelayan Vietnam yang menceroboh di perairan Malaysia sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac lepas.

 

Foto Hiasan

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, terbaharu bagi tempoh 11 Mei sehingga dua hari lalu, sebanyak 10 buah bot telah diusir.

Sepanjang Operasi COVID-19 Laut ini dengan sokongan komuniti maritim, kira-kira 50 bot nelayan asing  Vietnam berjaya diusir keluar dari perairan sempadan negara…

“…ia selaras dengan usaha menyekat penularan wabak berjangkit COVID-19 kepada rakyat di negara ini,” katanya menerusi laporan Bernama.

Muhammad Suffi tidak menafikan terdapat pencerobohan di beberapa lokasi, terutama semasa bot atau kapal penguat kuasa sedang melakukan rondaan di tempat lain dan juga semasa kapal melakukan ulang bekal di pangkalan.

Pihak Maritim Malaysia bersama agensi-agensi lain sentiasa mencari pendekatan, bagi menangani masalah ini sebaik mungkin.

“Atas sebab itu, kami berganding bahu dengan agensi-agensi lain dengan melakukan operasi bersepadu dari masa ke semasa seperti Op Naga, yang masih diteruskan sehingga hari ini.

“Walaupun ketika ini umat Islam sedang berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut Aidilfitri, pihak penguat kuasa akan tetap meningkatkan rondaan, dengan menggerakkan empat kapal dan lima bot bersama kekuatan anggota seramai 100 orang,” ujarnya.

Sumber : Bernama

Previous articleSidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (16 Mei 2020) Agak Terperinci Dari Ismail Sabri
Next articleS.Pavithra Mahu Jemput PM Ke Rumah,Hasrat Masak Nasi Briyani Kambing & Ayam Masak Merah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here