Home Petua Tips “Petua Lentik Bulu Mata Nenek Menjadi” , Mata Saya Dan Suami Biasa...

“Petua Lentik Bulu Mata Nenek Menjadi” , Mata Saya Dan Suami Biasa Sahaja Tapi Anak Luar Biasa

296
0

Bermata bulat, alis kening yang cantik serta berbulu mata lentik, wajah comel kanak-kanak perempuan tersebut mendapat pujian warga Twitter.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Tiara Marina Muslim berkata, dia pada mulanya langsung tidak tahu menahu gambar anak ketiganya, Nur Dianzaskia Rose Andrika Putra yang berusia satu tahun sembilan bulan itu dimuatnaik di Twitter kerana tidak mempunyai akaun laman sosial berkenaan.

“Pada hari itu, saya tinggalkan anak dekat rumah ibu di Ampang kerana berniaga di pasar pagi. Adik lelaki dan perempuan saya, iaitu pakcik dan makcik kepada anak-anak saya ni yang jaga mereka sebentar.

“Adik lelaki saya, Denial, saja main pakaikan tudung pada anak saya, Zaskia dan kemudian tngkap gambar.

Selepas itu dia upload di Twitter.

“Dia kemudian beritahu saya yang gambar tu jadi viral, siap ada orang komen nak masuk meminang tu yang tak tahan.

Kami ketawa sajalah.

Ini semua kerja pakcik dia,” ujar wanita ini merujuk kepada adik lelakinya.

Gambar yang dimuatnaik adik kepada Tiara di Twitter mendapat lebih 13,800 perkongsian.

Bercerita lebih lanjut, ibu muda berusia 25 tahun ini berkata, keluarganya dan keluarga di sebelah suami langsung tidak mempunyai drah kacukan.

Gambar Zaskia yang dirakam sewaktu kecil.

“Memang Melayu saja. Malah mata saya dan suami pun tidaklah sebulat mata Zaskia, biasa-biasa saja.

Apabila ada yang komen positif, saya ucapkan syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Kata wanita ini lagi, berkemungkinan bulu mata yang lentik itu disebabkan petua yang diamalkan ibunya.

“Pada usia Zaskia sebulan, ibu saya menggunting sedikit hujung bulu matanya.

Memang Lentik Kening

Sebelum itu, petua itu turut dilakukan terhadap anak pertama dan anak kedua saya.

Agaknya sebab itulah bulu mata mereka lentik. Petua itu ibu peroleh daripada kawannya, jadi dia cuba buat pada anak saya.

Kalau semasa mengandung pula, saya tidaklah ada amalkan petua pelik-pelik. Seperti ibu-ibu lain, saya suka tengok gambar bayi-bayi comel.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : videoviral.co

Previous articleAda Sebab Kangkung Boleh Cegah Kor0navir-us – Dr Noordin Darus
Next articleEmak Sedang S4kit, Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab, Last-last Pergi Hospital Sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here