Sebut saja nama Aisar Khaled, pasti ramai mengenali pelakon dan pensohor media sosial itu. Pernah beberapa kali terpalit dengan kontr0versi panas gara-gara kandungan untuk saluran YouTubenya yang disifatkan tidak sensitif dan mengundang kemarahan ramai.
Netizen buat kerja
Terbaru, Aisar, 22, menjadi bualan netizen selepas membuat cab4ran mencari duit raya tersembunyi yang bernilai RM1,000.
Di tangan Aisar ada RM1,000. Aisar letak duit satu tempat. Awak jumpa tag Aisar tau, Aisar kongsi duit raya RM1,000.
Tindakan itu didakwa sekadar gimik kerana individu yang berjaya menjumpai wang tersebut adalah saudara sendiri.
Menerusi akaun TikTok @tehais, ada memaparkan ‘bukti’ hasil siasatan yang menunjukkan Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali dengan nama Syakir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.
Ekoran itu, rata-rata wargamaya terus meny1ndir pemilik nama lengkap Aisar Khaled Kamel.
Video:
Hahaha bagi tak ikhlas betul. Tak mau bagi orang lain menang.
Nafi sudah dirancang
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Chandelier tampil memberi penjelasan dengan mengakui individu yang mengambil duit raya itu adalah sepupu lelakinya.
Dia memang sepupu Aisar, tapi semua ini tidak ada dalam perancangan langsung. Selepas video cab4ran tersebut dimuat naik, dia terus menelefon untuk turut serta, selain bertanyakan lokasi tersebut.
Tapi, Aisar cakap mana boleh beritahu, nanti tak berlaku adil. Harap tiada lagi isu, insya-Allah ada rezeki Aisar buat lagi.
Terdahulu, Aisar pernah membuatkan ramai yang menonton menggelegak hati gara-gara tindakannya menziarahi kvbur Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos tahun lalu.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: oh bulan