Selepas kerajaan mengumumkan kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, ramai pengantin baharu mengambil peluang untuk meraikan majlis bersama keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebanyak 19 buah khemah telah dipasang oleh tuan rumah bagi meraikan majlis perkahwinan anaknya dan dapat dilihat acara tersebut disambut secara besar-besaran sehingga mencvri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian oleh @farazulkipli di media sosial, dia sempat merakam pandangan dari atas majlis kenduri kahwin tersebut yang diadakan berdekatan kawasan rumahnya.
Apa yang menariknya, apabila khemah yang dipasang memenuhi sepanjang jalan kawasan tersebut dan rata-rata orang ramai menjangkakan jumlah tetamu yang hadir mencecah ribuan orang.
Video:
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1juta tontonan, 108k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen.
Sementara itu, ada juga pengguna yang tertanya-tanya mengenai kos keseluruhan majlis perkahwinan tersebut kerana pastinya ia melibatkan peruntukan yang banyak.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/