Home Petua Tips Niat nak kongsi kejutan ulang tahun perkahwinan, tapi netizen ‘cair’ tengok bapa...

Niat nak kongsi kejutan ulang tahun perkahwinan, tapi netizen ‘cair’ tengok bapa umur 50 tahun masih kacak… Ada yang panggil ‘h0t daddy’

119
0

Setiap pasangan pastinya ada cara tersendiri untuk meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan.

Sudah semestinya melalui cara ini, hubungan suami isteri akan lebih erat walaupun usia perkahwinan semakin meningkat seiring waktu.

Menerusi video yang tular di media sosial, anak kepada pasangan ini, Qistina Rizal, 22, menceritakan bagaimana dia dan ibuny, Norliza, 49, menjadi ‘mastermind’ bagi melakukan kejutan kepada bapa, Rizal, 50.

Senang disapa Qistina, dia memperincikan semula bagaimana rancangan ini berjaya dilakukan sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke-23 tahun.

“Saya dah rancang dengan ahli keluarga yang lain nak buat surprise untuk abah dekat tempat lama mereka dating dulu. Mak pula memang suka buat surprise dekat semua orang dalam famili.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kononnya masa tu abah ambil saya naik motosikal lepas dia balik kerja untuk berbuka puasa satu keluarga dekat sebuah restoran. Saya ajak abah pergi bazar beli makanan. Jadi saya boleh lengahkan masa apabila abah bawa berjalan pusing-pusing kampung.

“Masa dalam perjalan tu abah bawa tunjuk kawasan kampung dia. Tempat abah main masa kecil-kecil dulu. Namun selepas siap beli makanan, mak cakap belum siap lagi set up tempat jadi saya terp4ksa bawa abah ke kedai helmet untuk ‘beli’ lebih masa,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

4C99484A-CDF6-4755-A917-05E6543B9BEC

Qistina melayan permintaan netizen di TikTok yang ingin melihat wajah bapanya sewaktu muda.

Setelah siap persiapan untuk kejutan oleh ibu dan adik beradiknya, Qistina meminta agar bapanya untuk pergi ke ‘spot’ dia dah ibunya bertemu janji dahulu di sebuah kawasan di Singapura.

Setelah sampai di sana, bapanya terkejut apabila melihat tempat pasangan ini ‘dating’ telah dihiasi dengan khemah kecil dan dihiasi dengan dekorasi cukup romantik.

Bercerita lanjut, Qistina yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini turut berkongsi kisah bagaimana ibu bapanya bertemu.

“Lokasi kami sambut anniversary perkahwinan tu merupakan tempat di mana abah melamar mak masa umur dia 23 tahun. Jadi itulah salah satu sebab mak nak sambut ulang tahun perkahwinan mereka dekat situ juga.

“Mereka pertama kali jumpa dekat Newton Food Centre ketika mak saya tengah makan dengan kawan baik dia. Kawan baik mak ni pula bercinta dengan kawan baik abah. Kebetulan pula kawan baik mak saya tu pun jiran abah dulu. Sejak daripada perkenalan tulah mereka mula rapat dan berkawan,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai video yang dimuat naik, rata-rata warganet memuji ayahnya yang kelihatan begitu muda dan segak walaupun sudah memasuki usia 50an.

DA5404C3-5611-4F74-8E72-7FAF0DEA7A9F

Misi melengahkan masa dengan membawa bapanya ke kedai helmet.

Malah ada juga netizen yang ingin melihat wajah bapa Qistina sewaktu muda kerana beranggapan lelaki itu sememangnya seorang lelaki yang menjaga penampilan sejak muda lagi.

Selain itu, ada juga antara netizen yang terharu dengan pasangan ini yang masih berusaha untuk meraikan hubungan mereka dengan sambutan seperti kejutan yang telah dibuat.

a87ac78b-15d3-464f-a767-65f6ec169a95

Gambar Qistina (kiri) bersama ahli keluarganya yang lain.

Jelas Qistina, setelah menunjukkan video di TikToknya yang menjadi tular, bapanya hanya memberikan reaksi ketawa dengan respon yang diterima mengenai dirinya.

Dalam pada itu Qistina mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga akan terus kekal bahagia sampai ke akhir hayat dan diberikan kesihatan yang baik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Saya Beritahu Haris, Suka Nama ‘Bilal’,” – Neelofa Cerita Proses Pilih Nama Anak Sulung
Next article“Mommy on the wheel” – Raja Ilya Tetap Aktif ,Lagi 1 Month Nanti Detik Lahir Anak Sulung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here